NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Dilarang memandai-mandai’, Mat Sabu larang serbuan ke atas kilang beras

Mohamad Sabu berkata negara mempunyai saluran undang-undang yang harus dipatuhi.



KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) Mohamad Sabu mengingatkan mana-mana pihak tidak bertindak sendirian menyerbu kilang beras untuk memantau isu bekalan makanan ruji negara itu.

Mohamad berkata kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada pelbagai agensi antaranya bahagian padi dan beras di bawah kementeriannya, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Memberi contoh polis yang memerlukan waran membuat tangkapan, beliau berkata mereka yang ingin memantau bekalan bekalan beras juga tertakluk undang-undang dan menegaskan: “Mereka tidak boleh buat serbuan dan ambil video.”

“Jangan individu buat serbuan sebab kita ada undang-undang kena ikut, buat laporan kepada polis dan jabatan saya sebut tadi,” katanya di Dewan Rakyat.

Mohamad bagaimanapun enggan menyebut nama individu menyerbu kilang beras dan hanya menasihatkan secara umum.

Pada 27 Sep lalu, seorang bekas naib presiden MCA membidas exco Melaka yang mengugut untuk menarik balik lesen pengilang beras enggan menjual beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.

“Itu membuli dan ugutan,” kata Ti Lian Ker mengulas video tular yang menunjukkan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Dr Akmal Saleh melawat ke kilang beras.

Akmal yang juga ketua Pemuda Umno dilihat memeriksa bekalan beras dan dokumen di kilang terbabit. Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu yang didakwa mengikut undang-undang.

Sementara itu, Mohamad berkata Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berisiko mengalami kerugian dan hilang kemampuan berkongsi 30% keuntungan bersih dengan pesawah tanpa pelarasan harga beras import daripada RM2,350 kepada RM3,200 per tan metrik.

“Bagaimanapun harga jualan beras putih import akan diselaraskan oleh Bernas dari semasa ke semasa tertakluk kepada harga pasaran beras global dan kadar nilai tukaran mata wang,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada 1 Sept lalu, Bernas mengumumkan kenaikan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Susulan kenaikan harga beras import itu, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo