NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukit Aman panggil Ratu Naga ambil keterangan esok

Syarul Ema Rena yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga


Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman dilaporkan memanggil Syarul Ema Rena yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga bagi diambil keterangan esok pagi.

Aktivis politik dan media sosial itu dipanggil bagi mengambil keterangan berhubung gambar tular isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Syarul Ema mengesahkan dihubungi Unit Siasatan Jenayah Terkelas berhubung isu tersebut.

“Saya dihubungi Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan diminta hadir di Pejabat USJT Tingkat 2, Bukit Aman esok jam 10 pagi atas satu laporan polis mengenai yang dibuat oleh anggota PKR atas akaun Instagram @ratunaga.

“(Ia) mengenai isu akaun Instagram @b.netanyahu yang memuat naik gambar bersama isteri-isteri pemimpin UNGA termasuk isteri PMX yang hadir minum petang bersama isteri Joe Biden & isteri Netanyahu,” katanya, hari ini.

Katanya, beliau akan hadir bersama peguamnya, Zaid Malek.

Rabu lalu, pengguna media sosial itu didapati memuat naik gambar dan video Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat, 21 September lalu.

Menurutnya, sebagai penjelasan, walaupun Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat, Wan Azizah telah menghadiri satu sesi perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September 2023 di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo