PAS BERSAMA UMNO BERPRINSIP, PH MELINDUNGI UMNO BERMASALAH
Bagi menjawab kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak yang kabur politiknya, sehingga keliru membuat keputusan dan menganggap bahawa sama sahaja antara PAS bersama UMNO dengan PH bersama UMNO, maka perlunya penjelasan kepada perbezaan antara sikap PAS terhadap UMNO dengan sikap PH yang berbeza menubuhkan kerajaan yang berjenama ‘perpaduan’ bersama UMNO yang terpilih.
Berlaku perpecahan dalam UMNO akibat tsunami politik yang berlaku sehingga UMNO tersungkur dalam PRU-14 yang lalu disebabkan kelemahan dalaman mereka. Hal ini demikian kerana, mereka terlalu lama menjadi parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama lebih setengah abad.
Tiba-tiba, UMNO terhumban lebih parah pula dalam PRU-15 dan lebih malang lagi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini.
Beberapa orang pemimpin UMNO terlebih dahulu keluar daripada UMNO dan menubuhkan BERSATU kerana menyedari gejala salah laku dalam UMNO yang membocorkan bahteranya. Mereka terus bergabung dengan PAS dan mengambil alih kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU-14 bersama kalangan UMNO yang mahu menyelamatkan negara.
Sebahagian UMNO lagi mencuba melakukan islah daripada dalamnya melalui perubahan kepimpinannya secara musyawarah. Namun, kepimpinan yang menjadi masalah dalam UMNO berjaya menyalahgunakan musyawarah itu dengan membuat keputusan yang mempertahankan kedudukan mereka dalam kepimpinan, sekali gus menjadikan keadaan lebih merumitkan.
DAP, PAN dan PKR yang merupakan komponen PH terus merangkul UMNO yang bermasalah bagi menghadapi PRU-15. Mereka mengambil kira matlamat menghalalkan segala cara bagi mencukupkan jumlah demi mendapatkan kuasa secara majoriti mengikut amalan demokrasi, tanpa mengambil kira kualiti yang berprinsip.
Maka, berjayalah mereka mendapat majoriti mudah bagi menguasai kerajaan dengan percaturan politik yang mengumpulkan sesiapa sahaja, termasuk bekas banduan, kluster mahkamah, dan bakal kemungkinan menjadi kluster. Sehinggakan, mereka meninggalkan slogan perjuangan yang dahulunya dilaungkan untuk menentang segala penyangak rasuah dan mengganyangnya habis-habisan, kini diubah nama samaran terhadap pihak lain dengan jenama ‘penyakau’, di samping ungkapan ‘tatakelola’ yang manis lagi menarik.
Adapun PAS mengambil pendekatan perpaduan umat berprinsipkan Islam, dengan mendahulukan perpaduan umat Islam Melayu dan Bumiputera serta kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.
Kalangan UMNO yang berpegang kepada prinsip perlembagaannya yang mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air, secara automatik bersama dengan PAS yang perlembagaannya berprinsipkan Islam yang sama. Di samping mereka yang menubuhkan BERSATU yang meninggalkan UMNO terlebih dahulu, disempurnakan lagi dengan penyertaan orang bukan Islam yang tidak ekstrem.
Perbezaan antara prinsip PAS dengan UMNO adalah dari segi pentafsiran dan pendekatan yang mencetuskan polemik yang panjang dan tajam. Namun begitu, polemik ini boleh dirungkaikan dengan berpandukan firman Allah SWT:
﴿ŁَŲ„ِŁ ŲŖَŁَٰŲ²َŲ¹ۡŲŖُŁ
ۡ ŁِŁ Ų“َŁۡŲ”ٖ ŁَŲ±ُŲÆُّŁŁُ Ų„ِŁَŁ Ł±ŁŁَّŁِ ŁَٱŁŲ±َّŲ³ُŁŁِ Ų„ِŁ ŁُŁŲŖُŁ
ۡ ŲŖُŲ¤ۡŁ
ِŁُŁŁَ ŲØِŁ±ŁŁَّŁِ ŁَٱŁۡŁَŁۡŁ
ِ ٱŁۡŲ£ٓŲ®ِŲ±ِۚ Ų°َٰŁِŁَ Ų®َŁۡŲ±ٞ ŁَŲ£َŲۡŲ³َŁُ ŲŖَŲ£ۡŁِŁŁًال٩﴾
“Maka, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagi kamu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]
Allah SWT turut berfirman:
﴿ŁَŲ„ِŁ Ų·َŲ§ٓŲ¦ِŁَŲŖَŲ§Łِ Ł
ِŁَ ٱŁۡŁ
ُŲ¤ۡŁ
ِŁِŁŁَ ٱŁۡŲŖَŲŖَŁُŁŲ§ْ ŁَŲ£َŲµۡŁِŲُŁŲ§ْ ŲØَŁۡŁَŁُŁ
َŲ§ۖ ŁَŲ„ِŁۢ ŲØَŲŗَŲŖۡ Ų„ِŲۡŲÆَŁٰŁُŁ
َŲ§ Ų¹َŁَ٠ٱŁۡŲ£ُŲ®ۡŲ±َŁٰ ŁَŁَٰŲŖِŁُŁŲ§ْ ٱŁَّŲŖِŁ ŲŖَŲØۡŲŗِŁ ŲَŲŖَّŁٰ ŲŖَŁِŁٓŲ”َ Ų„ِŁَŁٰٓ Ų£َŁ
ۡŲ±ِ Ł±ŁŁَّŁِۚ ŁَŲ„ِŁ ŁَŲ§ٓŲ”َŲŖۡ ŁَŲ£َŲµۡŁِŲُŁŲ§ْ ŲØَŁۡŁَŁُŁ
َŲ§ ŲØِٱŁۡŲ¹َŲÆۡŁِ ŁَŲ£َŁۡŲ³ِŲ·ُŁٓŲ§ْۖ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ ٱŁۡŁ
ُŁۡŲ³ِŲ·ِŁŁَŁ© Ų„ِŁَّŁ
َŲ§ ٱŁۡŁ
ُŲ¤ۡŁ
ِŁُŁŁَ Ų„ِŲ®ۡŁَŲ©ٞ ŁَŲ£َŲµۡŁِŲُŁŲ§ْ ŲØَŁۡŁَ Ų£َŲ®َŁَŁۡŁُŁ
ۡۚ ŁَٱتَّŁُŁŲ§ْ Ł±ŁŁَّŁَ ŁَŲ¹َŁَّŁُŁ
ۡ ŲŖُŲ±ۡŲَŁ
ُŁŁَٔ٠﴾
“Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara kedua-duanya! Akan tetapi, kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara kedua-duanya menurut keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. (9) Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu, dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat. (10)” [Surah al-Hujurat: 9–10]
Melalui perbincangan yang mudah, beberapa orang tokoh UMNO menyertai PAS, BERSATU, atau berada di bawah Muafakat Nasional (MN) yang dicadangkan oleh PAS, namun ditolak oleh UMNO yang bermasalah kerana dianggap tidak ada ruang bagi mereka menyelamatkan diri.
Adapun parti-parti komponen PH berkonsepkan pragmatik yang berubah mengikut keadaan dan kemahuan yang berprinsipkan sekularisme, sehingga para agamawan yang bersama mereka sekadar menjadi perhiasan yang tidak boleh menentukan partinya beristiqamah bersama Islam. Mereka tidak lebih daripada sekadar menjadi perhiasan menampakkan agama tanpa peranan amar ma‘ruf dan nahi munkar serta sekadar menjadi pembaca doa penghias majlis sahaja.
Tanggungjawab mempertahankan Islam serta ketuanan Melayu Islam dan Bumiputera menjadi titik persamaan terkini antara PAS dengan UMNO, di samping sikap bersama menolak perjuangan sekularisme dan Malaysian Malaysia yang terus menjadi perjuangan DAP yang menguasai dan sangat mungkar.
Tanggungjawab tersebut tidak ada dalam PH, sehingga menjadikan mereka tidak bersuara dalam mencegah kemungkaran, bahkan boleh mencampuradukkan perkara ma‘ruf dan mungkar. Antara contoh, pemimpinnya boleh hadir dalam majlis selawat dan majlis tari-menari.
Terkini, sikap mereka yang membiarkan pihak bukan Islam mengheret pelajar tahfiz yang dizalimi dengan dibawa ke dalam majlis hiburan yang dicampuradukkan dengan kemungkaran yang nyata. Para pelajar itu dijemput oleh kalangan bukan Islam yang mendominasi PH, sehingga ternyata dengan terang lagi bersuluh adanya pemimpin PH dalam konsert yang diadakan.
Begitu juga sikap membisu terhadap jenayah murtad yang disokong oleh DAP dan NGO yang bersamanya. Sikap mereka ialah bersama dengan kalangan liberal Barat yang terkeluar daripada fitrah, naluri, atau tabii atas nama kebebasan yang melampau di negara Barat yang bercanggah dengan budaya kaum yang beragama dan bermoral.
Peristiwa ini menepati firman Allah SWT terhadap kaum Bani Isra’il yang dilaknat:
﴿ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁۡŲØِŲ³ُŁŲ§ْ ٱŁۡŲَŁَّ ŲØِٱŁۡŲØَٰŲ·ِŁِ ŁَŲŖَŁۡŲŖُŁ
ُŁŲ§ْ ٱŁۡŲَŁَّ ŁَŲ£َŁŲŖُŁ
ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁَŁ
ُŁŁَ٤٢﴾
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 42]
Firman Allah SWT lagi:
﴿ŁُŲ¹ِŁَ ٱŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁَŲ±ُŁŲ§ْ Ł
ِŁۢ ŲØَŁِŁٓ Ų„ِŲ³ْŲ±َŲ§Ų”ِŁْŁَ Ų¹َŁَŁٰ ŁِŲ³َŲ§Łِ ŲÆَŲ§ŁُŪ„ŲÆَ ŁَŲ¹ِŁŲ³َ٠ٱبۡŁِ Ł
َŲ±ۡŁَŁ
َۚ Ų°َٰŁِŁَ ŲØِŁ
َŲ§ Ų¹َŲµَŁŲ§ْ ŁَّŁَŲ§ŁُŁŲ§ْ ŁَŲ¹ۡŲŖَŲÆُŁŁَ٧٨ ŁَŲ§ŁُŁŲ§ْ ŁَŲ§ ŁَŲŖَŁَŲ§ŁَŁۡŁَ Ų¹َŁ Ł
ُّŁŁَŲ±ٖ ŁَŲ¹َŁُŁŁُۚ ŁَŲØِŲ¦ۡŲ³َ Ł
َŲ§ ŁَŲ§ŁُŁŲ§ْ ŁَŁۡŲ¹َŁُŁŁَ٧٩﴾
“Telah dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Isra’il dengan lisan Dawud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (79)” [Surah al-Ma’idah: 78–79]
PAS yang berprinsip dan berdisiplin, apabila ada pemimpin yang melakukan sahaja perkara seperti yang disebutkan itu dalam parti, maka seseorang itu boleh dipecat daripada partinya. PAS juga mewajibkan nasihat dan pencegahan terhadap dalaman parti dan luarannya. Maka, PAS boleh menggerakkan kebebasan mengkritik dalam Kerajaan Negeri Terengganu yang dimenangi PAS sebanyak 32-0 tanpa pembangkang.
Tegasnya, tidak sama antara PAS dengan PH, begitu juga tidak sama antara Perikatan Nasional (PN) yang disertai PAS dengan PH kerana kami beristiqamah di atas prinsip perjuangan dan hala tuju.
Firman Allah SWT:
﴿ŁُŁۡ Ų„ِŁَّŁ
َŲ§ٓ Ų£َŲ¹ِŲøُŁُŁ
ŲØِŁَٰŲِŲÆَŲ©ٍۖ Ų£َŁ ŲŖَŁُŁŁ
ُŁŲ§ْ ŁِŁَّŁِ Ł
َŲ«ۡŁَŁٰ ŁَŁُŲ±َٰŲÆَŁٰ Ų«ُŁ
َّ ŲŖَŲŖَŁَŁَّŲ±ُŁŲ§ْۚ Ł
َŲ§ ŲØِŲµَŲ§ŲِŲØِŁُŁ
Ł
ِّŁ Ų¬ِŁَّŲ©ٍۚ Ų„ِŁۡ ŁُŁَ Ų„ِŁَّŲ§ ŁَŲ°ِŁŲ±ٞ ŁَّŁُŁ
ŲØَŁۡŁَ ŁَŲÆَŁۡ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٖ Ų“َŲÆِŁŲÆٖ٤٦﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Sesungguhnya, aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan.’ (Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.” [Surah Saba’: 46]
Walaupun sebab turun ayat-ayat tersebut kepada Bani Isra’il dan yang akhir kepada kaum Musyrikin pada zaman Rasulullah SAW, para ulama’ menegaskan:
Ų§ŁْŲ¹ِŲØْŲ±َŲ©َ ŲØِŲ¹ُŁ
ُŁŁ
ِ Ų§ŁŁَّŁْŲøِ، ŁَŲ§ ŲØِŲ®ُŲµُŁŲµِ Ų§ŁŲ³َّŲØَŲØِ.
“Iktibar (pengajaran) diambil daripada lafaz yang umum, bukan daripada sebab yang khusus (ayat-ayat yang diwahyukan).”
Secara tegasnya, al-Quran ialah petunjuk sepanjang zaman kepada seluruh manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam dalam semua urusan perjalanan hidup mereka.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Safar 1445 / 2 September 2023
[Bil: 73 / 2023]
#HarakahDaily #MindaPresidenPAS

Semua orang perlu berhati-hati tentang ENCIK LAWRENCE YIP JIUN HANN atau anak kepada Datuk Yip Kum Fook kerana dia seorang playboy (suka bermain wanita) di mana-mana dan isterinya berasal dari Indonesia dan beberapa di Malaysia.
ReplyDeleteKadang-kadang anak perempuan saya bersamanya, saya sangat risau tentang itu, kerana anak perempuan saya bermimpi menyebut namanya (Lawrence Yip), kali terakhir saya marah dan menentang anak perempuan saya kerana dia berkata Lawrence Yip seorang yang sangat baik.
Bapanya (Datuk Yip Kum Fook) berada di mahkamah kerana memalsukan tandatangan pada hak milik tanah untuk seseorang. Sekarang, semua orang tahu nama buruknya di kawasan Kepong. Tidak lama lagi, dia akan masuk penjara. Kini, dia sedang menunggu keputusan kerajaan.
Dia tidak malu dan masih menjadi presiden Samyak Sambodhi (persatuan Buddha) di Taman Desa Jaya, Kepong. Dia juga menipu untuk menjadi peguam kerana peguam suka mencari wang daripada orang ramai.
Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berhati-hati dengan Simon Low Kok Meng (Datuk Yip Kum fook adalah abang iparnya) kerana dia adalah pembantu atau CID Datuk Yip, tolong jauhkan diri daripada orang ini.
Dari Mr. Lim / Ms Chan, Taman Desa Jaya, Kepong
å ¬å社ä¼äŗŗå£«,
ReplyDeleteäø»åøMCA GOMBAKå¶éē¦ä½Taman Desa Jaya,åéå”ē²ę“ęÆäøäøŖä½ę俔仰åå¾。
1)ä»ēØęåę“åčÆå¾ęå§ä¾£ SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR
2)ä»ēØ ęåå«č¦åÆåå¤äŗŗå°ę„ä½ęē„å£ēå°ę¹,čÆå¾ęä½ęå§ä¾£。å§ä¾£åéäŗä»ä¹?
3)ä»ēØęååä½ęåä¼ēéé±。
4)ä»ēØęåéŖå¦å„³ēé±åē “åå«äŗŗēå®¶åŗ
5)ä»ęÆäøäøŖéŖę¶å诓č°ēäŗŗ
DATUK YIP KUM FOOK memusnahkan MCA dan Kuil Buddha kerana menggunakan MCA untuk mendapatkan wang secara haram. Ini adalah idea yang sangat buruk bagi masyarakat Cina kita di Kepong. Beliau ialah bekas pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong, dan Gombak
ReplyDeleteIsterinya ialah MEI LAN LOW / LOW MEI LAN, dilahirkan pada 14 September 1955, dan dia menjalankan perniagaan terbuka sebagai Tadika Disney di Selayang, Gombak. Isterinya, Datuk Yip Kum Fook isterinya juga mempunyai idea yang sama seperti suaminya. Ramai orang tidak suka apabila dia membuka Tadika Disney di sana kerana dia lebih bangga dengan dirinya
Anak lelakinya, ENCIK LAWRENCE YIP JIUN HANN, kini pengerusi MCA di Gombak; jawatan ini diserahkan oleh bapanya. Lawrence Yip ialah seorang peguam dan menamatkan ijazah undang-undangnya di Australia; kini beliau juga seorang ejen hartanah perniagaan. Selepas ini, ramai orang berkata, dan dia berkata bahawa harta Kaabah(Kuil) adalah milik bapanya, dan ramai orang tidak senang.
SIMON LOW KOK MENG ialah adik kepada MEI LAN LOW (isteri kepada Datuk Yip Kum Fook). Simon Low ini bukan pekerja biasa atau pemalas. Apabila Datuk Yip memandu lori perabot, dia dibantu oleh Datuk Yip menghantar perabot ke mana-mana, seolah-olah dia menganggur. Kini dia menjadi perisik (CID) untuk Datuk Yip, dan membawa berita kepada Datuk Yip
Kami adalah komuniti Cina di Malaysia yang perlu berkongsi dan menyiarkan kepada semua orang kerana mereka telah memudaratkan kami pada masa lalu, dan kami sangat sedih apabila situasi ini berlaku kepada kami.
Dari pasar, Taman Desa Jaya, kepong
Ah kong, Ah Yap
DATUK YIP KUM FOOK sangat marah kepada sami Buddha dan paderi Hindu kerana selalu mengganggu sami Buddha dan membakar kuil Hindu di Taman Daya, Kepong. Dia akan menderita dalam hidup ini, Allah akan menghukum dia dan keluarganya, kini dia hidup sendirian tanpa ada kawan dengannya
ReplyDeleteAkhir sekali, dia menggunakan polis dan samseng untuk memaksa masyarakat Cina anda dan menipu serta menghina masyarakat Cina kita. Juga, semasa dia dalam politik, dan dia bercakap buruk tentang parti lain, lelaki ini tidak boleh menjadi manusia.
Ada sesiapa yang tahu mengadu kepada Sultan Selangor, dan dia mesti mengembalikan gelaran Datuk kepada Sultan secepat mungkin, kerana ini menyebabkan Sultan kelihatan buruk atau tidak berkualiti kepada persatuan sultan, dia mendapat gelaran daripada Sultan, DIBELI ATAU DITAWARKAN, kita tidak tahu.
DATUK YIP KUM FOOK adalah seorang peguam, dan beliau bukanlah seorang peguam sebenar kerana beliau tidak belajar undang-undang di mana-mana institut; dia membeli sijil undang-undang sahaja. Dia seorang peguam berlatih sahaja, tetapi tidak belajar teori selama 6 tahun kerana melakukan kesilapan dalam undang-undang, dunia ini tidak ada peguam yang disaman oleh orang biasa.
DATUK YIP KUM FOOK melakukan perkara jahat kepada orang dan membayar seseorang untuk melakukan ILMU HITAM ke atas musuhnya; ramai orang mati dan menderita kerananya, dan ramai orang Cina kita tahu tentang jampi roh
DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC dan mengambil orang IC untuk diberikan kepada penipu. Ah Chong (Ng) adalah mangsa. Kini Ah Chong adalah polis yang menghubunginya, dan juga pegawai bank yang menghubunginya tentang meminjam wang, tetapi Ah Chong tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Ah Chong pernah memberikan IC kepada Datuk Yip Kum Fook sebelum ini
LOKE, TAMAN EHSAN, KEPONG
Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
ReplyDeleteSaya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru