NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen PN nafi hisap vape di Dewan, ‘Cameraman’ Anwar cuba bawa sangkaan buruk

Gambar tular menunjukkan Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa menghisap vape di Dewan Rakyat. (Gambar Twitter Sadiq Asyraf)



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat susulan gambarnya yang tular di media sosial.

Ikmal sebaliknya mendakwa apa yang dipegangnya ketika itu adalah pen.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” kata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu kepada FMT.

Bagaimanapun, Ikmal berkata beliau sedia memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

“Saya boleh memberikan penjelasan, tak ada isu, satu Parlimen Tanah Merah tahu saya bukan perokok, dan saya menyokong (usul pernah dibawa bekas menteri kesihatan) Khairy Jamaluddin berkaitan had umur 17 tahun tidak boleh membeli rokok, saya sokong 100%,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau akan menghantar surat kepada Ikmal bagi menuntut penjelasan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan Ikmal boleh dikenakan tindakan bawah Peraturan Mesyuarat 41 (D) iaitu seseorang ahli tidak boleh merokok di Dewan Mesyuarat.

Untuk rekod, pada Ogos 2022 Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dikenakan tindakan kerana menghisap vape di Dewan Rakyat.



Sumber I FMT Malaysia 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. enyang aku dulu bukan takat merokok tapi cerut dan kunyah tembakau pun adalah kebiasaan dia,
    pada usia 100 tahun masih keluar memancing dan kekebun, kekadang bawak cicit dan cuit,
    telah meninggal pada usia seratus lebih. semasa hidup dia tak suka benda2 seperti budu belacan cencalok dsb, tak suka makanan manis, minum air akarkayu padiberas tanam sediri dari jenis padi lama (yg sekali setahun tu) yg spesisnya masih boleh ditemui di bangsal simpanan padi (baloh) penanam padi turun temurun, dan hebatnya padi jenis lama nih berpuluh tahun disimpan pun tak di-ter-bubuk.
    Bagi aku cuit dia nih aku tak pernah merasakan yg tembakau yg di kempenkan dgn sekian hebat keburukan sehinggakan menimbulkan stigma negatif terhadap sesetengah pehak ada mempunyai asas yg kukuh selain dari cuma penulisan akademik tampa ujian yg meyakinkan dan terbukti benar, malah sebetulnya ianya merupakan rekaan tomahan semata2 bagi tujuan tertentu,

    Dalam zaman electronik media berleluasa nih, bila aku tengok orang tua serta pakcik2 berhubunganbsesama rekan2 maka ada byk yg aku lihat mereka inih yg miskin yg hidup di kg2 serta perokok sihat2 aja tapi rekan2 mereka yg berpangkat dan berduit ramai jer yg dah pergi dan byk yg keluar masuk hospital, ampang putrri la, ijn la dsb.
    biasa la kan generasi tu (sekolah tahun 60an-70an) kalau yg lembik dapat akademik tinggi, yg keras tegap akademik rendah, jadi status hidup kemudianya berbeza lah secara am nya.

    peace.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya yang kena beri penjelasan adalah cameraman. Takkan lah camera man sentiasa terlepas selepas membuat sesuatu yang mendatangkan fitnah atas orang lain.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo