NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tinjauan ketagihan ‘makan luar’ bagi pengagihan semula subsidi

Rafizi Ramli berkata, data digunakan dalam kenyataannya dikumpul kerajaan setiap dua tahun. 


KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mempertahankan kenyataannya berhubung rakyat “ketagihan” makan di luar dibuat berdasarkan data dikumpul kerajaan.

Beliau berkata, kenyataan itu berdasarkan perbelanjaan dan pendapatan isi rumah dalam tempoh 20 tahun lalu yang dikumpul kerajaan setiap dua tahun.

“Anda boleh lihat bahagian pendapatan digunakan untuk makan di luar, sama ada bungkus atau makan di restoran atau gerai, meningkat sejak beberapa tahun lalu,” katanya selepas pelancaran Dana Perintis di Menara Integra.

Beliau membalas kenyataan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang meminta Rafizi tidak menjolok sarang tebuan dengan membuat kenyataan tidak perlu kerana rakyat mahu melihat pelan tindakan, bukannya mendengar pandangan menteri.

Isnin lalu, Malaysiakini memetik Rafizi berkata, sebahagian besar pendapatan rakyat dihabiskan dengan amalan makan di luar dan membungkus yang menyebabkan pendapatan mereka susut serta lebih sensitif terhadap inflasi mendadak pada harga makanan dimasak.

Tetapi katanya, rakyat tidak boleh dipersalahkan dan mengaitkannya dengan “akibat tidak diingini daripada dasar masa lampau”, struktur ekonomi dan gaji.

Rafizi berkata, kerajaan sedang mengambil langkah menangani isu itu, termasuk mengkaji semula subsidi.

“Kami sedang lihat bagaimana boleh membelanjakan RM80 bilion hingga RM100 bilion untuk subsidi menyeluruh…bagi memfokuskan isi rumah yang benar-benar memerlukan.

“Bukankah itu satu penyelesaian?” soalnya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo