NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramasamy pertikai senarai calon DAP hampir sama dengan yang didakwa palsu



Pemimpin lantang DAP, P Ramasamy mula mempersoalkan berhubung senarai nama calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang diumumkan baru-baru ini hampir sama dengan yang didakwa palsu sebelum ini.

Ramasamy meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas digugurkan daripada menjadi calon DAP atas alasan meremajakan parti, bagaimanapun Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP itu tidak pula digugurkan sebagai calon.

“Semalam, pengumuman rasmi mengenai calon dibuat. Sebilangan penyandang digugurkan, atas alasan untuk meremajakan parti tetapi hakikatnya ramai calon yang lebih muda digugurkan dan digantikan dengan calon yang lebih tua.

“Bulan lepas, parti itu menolak senarai calon DAP untuk pilihan raya negeri yang dikatakan tular sebagai palsu, tetapi senarai semalam ternyata hampir sama.

“Mengapa percanggahan dan ketidak-konsisten ini berlaku?” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu dipetik laporan Malaysiakini.

Tambahan pula, Ramasamy berkata senarai calon yang diumumkan itu memberi gambaran bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam DAP Pulau Pinang dengan kumpulan yang menyokong pemimpin tertentu mempunyai lebih pengaruh dalam barisan.

Bagaimanapun, beliau  tidak menjelaskan perkara ini secara terperinci.

Menurut Ramasamy, alasan kepimpinan DAP untuk menggugurkan beberapa penyandang adalah tidak wajar.

“Sekurang-kurangnya mereka (DAP) boleh lebih telus, dan berjumpa kami (penyandang yang digugurkan) sebelum memuktamadkan (senarai).

“Saya telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tiga penggal sejak 2008, dan kini DAP adalah sebahagian daripada gabungan pemerintah (di peringkat persekutuan). Perlu ada kematangan dan ketelusan,” katanya lagi.

DAP terdahulu mengumumkan seramai 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN negeri itu dan mereka terdiri daripada 12 penyandang manakala tujuh calon muka baharu.

Bagi memberi laluan kepada muka baharu tujuh penyandang kerusi DUN Pulau Pinang telah digugurkan iaitu Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).

Manakala Guan Eng kekal mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo