NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angkara UMNO, jentera akar umbi PH mula berantakan

Parti Amanah Negara (Amanah) terkejut selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh ketika Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.


Selepas pengumuman calon oleh Pakatan Harapan (PH) dan UMNO baru-baru ini, suhu politik semakin panas dan perpecahan dalaman sesama penyokong parti kerajaan campuran semakin ketara.

Beberapa kerusi sebelum ini yang disandang oleh wakil parti komponen dalam PH terlepas kepada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, ia sekaligus menimbul rasa kurang senang dikalangan akar umbi dan jentera parti.

Kerusi Parti Amanah yang ditandingi dan disandang wakil mereka sebelum ini dirampas UMNO, begitu juga keadaan dihadapi DAP apabila terdapat juga kerusi mereka yang terpaksa diberikan kepada rakan politik mereka yang baharu itu.

Di Selangor, DAP terpaksa meletak syarat awal bagi menenangkan akar umbi dan penyokong mereka susulan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dusun Tua yang terlepas kepada UMNO untuk mereka tandingi.

Di Negeri Sembilan pula, UMNO merampas kerusi Lenggeng yang sepatutnya ditandingi Parti Amanah tetapi malangnya senario sama dengan DAP terpaksa dihadapi dan akur dengan keputusan pemimpin atasan PH.

Sama juga situasi di Terengganu, apabila kerusi Parti Amanah di DUN Tepuh juga dirampas UMNO walaupun semasa Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Terengganu sebelum ini membuat ketetapan berbeza.

Sepatutnya, Parti Amanah bertanding di DUN Tepuh tetapi UMNO membuat pengumuman mengejutkan apabila meletak calon mereka bertanding sehingga menyebabkan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad terkejut.

Bagaimanapun nasi sudah jadi bubur untuk membuat sebarang pertukaran pada saat akhir menjelang penamaan calon yang berbaki beberapa hari lagi.

Sebarang perubahan calon dan kerusi dibuat oleh PH-UMNO bakal memberi implikasi lebih buruk kepada kerjasama antara parti dalam kerajaan campuran.

Bagaimanapun, sikap UMNO yang tidak menghormati ketetapan dan keputusan yang sudah diputuskan semasa rundingan kerusi sebelum ini mengakibatkan akar umbi PH semakin hilang kepercayaan kepada parti dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

Akar umbi PH nampaknya sudah berantakan angkara sikap UMNO yang melanggar dan mengumumkan calon mereka sesuka hati di kerusi yang sebelum ini disandang oleh parti komponen PH.

Tindakan tersebut dilihat sangat tidak beradab dan menunjukkan belang sebenar UMNO yang tidak boleh bekerjasama dengan PH, walhal realitinya mereka hanya lah parti terkecil dalam kerajaan campuran ketika ini.

Dijangka akar umbi PH akan menunjukkan protes pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana bimbang sekiranya UMNO menang nanti ia pastinya akan menyebabkan mereka mula naik tocang dan boleh melakukan sesuka hati.

Jika semasa rundingan kerusi pun UMNO sudah tidak menghormati perjanjian dan ketetapan yang sudah dibuat, tidak dibayangkan bagaimana pula akan berlaku selepas PRN enam negeri nanti.

Sudah pastinya jawatan Menteri Besar diintai rapat UMNO yang tidak akan mudah melepaskan jawatan penting tersebut kepada wakil PH.

Akar umbi boleh memilih sama ada untuk kekal membantu jentera UMNO pada PRN nanti atau membiarkan sahaja mereka kalah pada PRN nanti kerana jika menang sekali pun masalah besar pula akan terpaksa dihadapi selepas ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo