NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi, Kedah Dan Penang

Aku tak minat pun dengan Sanusi...MB Kedah ni. Posting-posting penyokong Pas pun jarang lalu kat timeline aku..jadi aku ketinggalan sikit tentang apa yang penyokong Pas dok sebut. Yang banyak lalu kat timeline aku ialah cacimaki penyokong PH terhadap Pas..terutamanya Sanusi. 

Ini membuatkan aku terpaksa mencari apa yang sebenarnya Sanusi cakap. Dan sekarang aku mula ketagih video Sanusi. Terima kasih PH sebab mempromosi Sanusi.

Isu yang tengah hot sekarang ialah "Penang Kedah Punya." Yang ni penyokong PH seronok dok hentam. Bila aku tengok video Sanusi...ada satu topic yang dia sebut tentang The Greater Penang. Yang ni penyokong PH dan Pas tak sentuh. Mungkin sebab depa masih muda atau tak tau sejarah politik Penang dan Kedah 30-40 tahun dulu.

Sanusi bukan orang baru dalam politik Kedah. Masa Ustaz Azizan jadi MB tahun 2008, dia jadi Setpol. Sebaik jadi MB, diantara perkara awal yang Ustaz Azizan buat ialah menukar slogan "Langkawi Bandar Pelancongan" kepada "Langkawi Permata Kedah". Ini adalah untuk memberitahu kerajaan pusat bahawa Langkawi Kedah Punya. 

Wei..Langkawi dah memang dalam Kedah...Nak bagitau Langkawi Kedah Punya pasai apa?

Ia ada kena mengena dengan perancangan Mahathir yang mahu mengambil Langkawi untuk dijadikan Wilayah Persekutuan. Perancangan ini turut melibatkan Anwar yang bersama Mahathir masa tu. 

Tapi oleh kerana kedudukan BN di Penang menjadi runcing akibat kekalahan Gerakan dalam PRU tahun 90, Anwar ditugaskan untuk merampas Penang dari Gerakan dan DAP dan memastikan Umno berkuasa di Penang. Maka lahirlah idea "The Greater Penang." Bezanya, dulu Anwar mahu menghapuskan DAP, sekarang bekerjasama dengan DAP untuk mencapai idea dia.

Tahun 92, buat pertama kali, aku buat kerja politik dalam hidup aku. Aku ditugaskan untuk mencipta dua DUN baru di Penang.  Satu untuk Gerakan dan satu untuk MCA. PRU tahun 95, lahirlah DUN Mak Mandin dan DUN Air Itam. Satu untuk MCA, satu untuk Gerakan. Sekarang DUN Mak Mandin pun dah hilang. Umno dapat dua DUN baru dalam PRU tersebut. 

Hangpa ingat DUN dan Parlimen ni SPR yang buat ka? SPR cuma endorse saja.

Tahun 92 aku dah berkolusi dengan BN tau! Tapi kalau aku cerita sebelum ni, naya la kena kutuk. 

Ramai cytro sekarang masih kecik dan ada yang belum lahir tahun 92. Jadi, ramai yang tak tau apa yang berlaku sekitar tahun 90-95. 

Anwar mengukuhkan cengkaman kuasa dia di Penang. Tapi nasib tak baik, dia kena pecat tahun 98. Sekarang dia berkuasa balik, dan idea dulu dihidupkan kembali.

Aku tak fikir Sanusi serius dengan isu "Penang Kedah Punya." Kalau Kedah buat tuntutan mahkamah pun, 20 tahun belum tentu selesai. Ia hanyalah umpan untuk agenda yang lebih besar. Aku rasa dia ada agenda lain. Antaranya ialah menguasai kembali Langkawi dan menaikkan semangat kenegerian. 

Panjang woo cerita ni kalau nak tulis. Bagi aku selesai bersihkan kebun dulu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo