NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kurang cerdik percaya 1MDB punca ringgit jatuh – Sian See



KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Lim Sian See mendakwa, hanya golongan yang kurang cerdik mempercayai propaganda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca nilai ringgit melemah mulai 2014 hingga 2016.

Menurut beliau, ramai yang terperdaya dengan propaganda bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika itu kerana mereka tidak mengambil tahu bahawa situasi itu berpunca daripada kejatuhan harga minyak dunia.

Sian See berkata, hutang 1MDB sebenarnya hanya RM32 bilion berbanding rizab Petronas yang meningkatkan kepada RM170 bilion ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

“Ini adalah kerana dasar-dasar dan langkah yang diambil Najib ketika itu telah menyelamatkan ekonomi Malaysia yang masih berkembang pesat biarpun harga barangan eksport utama telah menjunam sehingga ramai rakyat Malaysia tidak sedar bahawa Malaysia menghadapi cabaran yang begitu hebat masa itu.

“Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur nikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengingatkan kembali bahawa ringgit mula melemah pada 2014 iaitu sebelum berita 1MDB tercetus disebabkan oleh harga minyak dunia menjunam ke paras terendah dalam masa yang singkat.

Sian See menambah, harga minyak Brent jatuh ke paras AS$28 ketika itu dan jauh di bawah kos pengeluaran negara sekitar AS$50 hingga AS$60.

“Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Great oil crash 2014-2016‘. Sebab Malaysia sangat bergantung kepada eksport bahan petroleum maka ini memberi impak yang sangat besar kepada nilai ringgit,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pada penghujung 2015, harga minyak dunia naik semula dengan perlahan dan ia menyebabkan nilai ringgit memulih.

Malangnya, kata Sian See, nilai ringgit menjunam semula pada separuh akhir 2016 apabila Amerika Syarikat (AS) menaikkan semula kadar faedah buat kali kedua dalam masa 10 tahun.

“Kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS turut menyebabkan nilai dolar AS mencanak naik ke paras paling tinggi sejak 13 tahun lalu sebab antara janji manifestonya ialah menurunkan kadar cukai korporat dengan besar serta memberi pengampunan sekiranya syarikat-syarikat AS membawa pulang keuntungan mereka.

“Ini menyebabkan aliran tunai dolar AS yang besar dari negara-negara lain seperti Malaysia ke AS,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, ringgit melemah ke paras paling rendah semasa pentadbiran Najib iaitru RM4.48 berbanding dolar AS namun meningkat kembali mulai 2017 sehingga ke paras RM3.83 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Namun nilai ringgit menjunam semula selepas PRU14 akibat kekalahan Barisan Nasional (BN) dan tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14 dalam tempoh lima tahun lepas,” jelasnya. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo