NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen



Perikatan Nasional (PN) mengemukakan usul Akta Tafsiran kepada Parlimen bagi menyelesaikan isu kalimah ALLAH di negara ini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata usul persendirian itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.

“Seorang Ahli Parlimen kita (PN) telah menghantar usul persendirian dan kita akan bawa supaya kerajaan sedar ia salah satu cara selesaikan isu itu buat selamanya,” katanya semasa berucap pada program Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di Sabak Bernam, semalam.

Namun beliau menyerahkan kepada kerajaan untuk menerima atau enolak usul itu.

“Saya juga mahu tengok apa kerajaan cakap (berkaitan usul berkenaan) nanti,” katanya.

Tegasnya, penggunaan kalimah ALLAH dapat diperincikan menerusi surah al-Ikhlas yang jelas menyatakan Tuhan itu Esa dan tidak boleh disamakan dengan lain kecuali ALLAH.

Isu kalimah Allah ini kembali hangat diperkatakan selepas Keenterian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Keputusan kerajaan itu menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo