NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMX Perlu Dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

PMX Perlu Dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

1. Saya amat khuatir dengan sikap PMX yang sewenang-wenangnya memberikan jawapan yang bertentangan dengan kebenaran dalam Parlimen. Ini jelas bertentangan dengan saranan PMX sendiri yang pernah menegur Ahli Parlimen agar menjaga tatsusila dan menghormati kemuliaan Dewan. 

2. Pertama isu Kalimah Allah: Pada 23 Mei 2023, PMX nafi tak rujuk Agong dalam penarikan rayuan kes Kalimah Allah ketika menjawab soalan di Parlimen. Ketika ditanya oleh MP Bagan Serai,

Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan mendapatkan perkenan Majlis Raja-raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri terlebih dahulu sebelum kerajaan secara diam-diam menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah yang begitu besar implikasinya terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim]:
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Pertama, memang dirujuk kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu iaitu Allah tidak boleh digunakan di Semenanjung dan kelonggaran diberi di Sabah dan Sarawak.

Namun pada 7 Jun 2023, Sultan Selangor dan YDPA Agong bersetuju bersama bahawa isu ini PERLU dibawa terlebih dahulu ke MKI yang akan menasihati Majlis Raja-Raja. Jadi penafian dalam Parlimen satu penipuan?

3. Kedua PM kata kertas siasatan terhadap MB Kedah ditangan Peguam Negara. PDRM telah hantar sebahagian dari kertas siasatan ke Peguam Negara. Tapi hari ini 7 Jun 2023, MB Kedah baru dipanggil untuk rakam kenyataan. Biasanya Polis akan buat siasatan sepenuhnya dan ada bukti kesalahan baru akan dihantar ke Peguam Negara untuk pertimbangan pendakwaan. Ni buka hantar kerja sekolah, hantar sikit-sikit setakat dah siap. Again kenyataan dalam Parlimen ini satu penipuan? 

4. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan Standing Orders Dewan Rakyat seperti berikut:

"Mengikut peraturan 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis, dan ahli tu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu". 

5. Oleh yang demikian, saya menyarankan satu usul dibentangkan untuk merujuk PMX kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan yang mulia. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo