NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertikaian Pulau Pinang milik Kedah : Sanusi nafi mahu pinda Perlembagaan

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendakwa kenyataannya disalah petik media dan kesalahan itu menjadi perbincangan di Parlimen.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menafikan mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaannya Pulau Pinang milik Kedah.

“Saya tak pernah kata di mana-mana pun. Tak pernah. Perbincangan di parlimen semalam itu atas ‘quote’ (petikan) yang salah, mereka semua merujuk kepada kesalahan itu.

“Jadi semua cakap itu salah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco Kedah.

Sanusi berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng sepatut merujuk dengannya dan bukannya percaya kepada portal berita.

“Sejak bila pula portal jadi sumber rujukan kerajaan? Mereka ada sumber sendiri. Tanyalah saya. Saya boleh jawab,” katanya.

Pada minggu lalu, FMT memetik Sanusi sebagai berkata, beliau mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaannya Pulau Pinang milik Kedah.

Sanusi berkata, kajian sejarah dan akademik menyokong dakwaannya bahawa Kedah memiliki Pulau Pinang, dan generasi sekarang perlu membetulkan “sejarah yang dijulingkan” dan meminda Perlembagaan.

“Jika saban tahun kandungan Perlembagaan dipinda di Parlimen mengikut proses dan prosedurnya, berdasarkan keperluan dan kehendak semasa, mengapa pula penemuan kukuh hendak diketepikan hanya kerana isu kandungan Perlembagaan?” katanya dalam mesej kepada FMT.

Ditanya bahagian mana dalam Perlembagaan yang perlu dipinda Sanusi berkata, “apa-apa kandungan” yang boleh dipinda berhubung anggota (negeri membentuk) Persekutuan.

“Kalau ada yang tak boleh pinda akan dinyatakan dengan jelas. Ada juga bab yang boleh pinda dengan kebenaran Majlis Raja-Raja,” katanya.

- FMT 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo