NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majoriti penyokong kami adalah mereka yang tahu dan faham agama - Idris Ahmad



SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad tampil mengemukakan beberapa hujah menangkis tohmahan dan dakwaan bahawa parti tersebut menunggang agama.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ahli Parlimen Bagan Serai itu memberikan contoh pihak atau individu yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.

“Kedua, tunggang agama ini ialah dalam satu masa kamu boleh bercakap tentang Islam dan dalam masa yang lain pula berfoya-foya, bersalam dan menari dengan wanita. Itu dikatakan peralatkan agama.

“Atau kamu bersama ulama dan masa lain tidak di mana menyokong perjuangan lain, maka itu dikatakan peralatkan agama atau tunggang agama,” katanya pada Selasa.

Jelas beliau, dasar Pas sejak 1951 ialah berasaskan Islam dan ia jelas tertera dalam Perlembagaan parti.

“Itu dasar yang ada kepada kita walaupun kepimpinan bertukar, ada yang cabut lari dan sebagainya, dasar tidak pernah berubah.

“Soal pendekatan politik ini ialah strategi dan boleh berubah tetapi prinsip tidak pernah berubah. Jika strategi bertengangan dengan agama, maka kita perlu korbankannya tetapi tetap berpegang kepada prinsip agama,” katanya.

Dalam pada itu Idris menyatakan bahawa sebarang dasar dalam parti dikawal oleh Majlis Syura Ulama Pas dan ia tidak boleh dilaksanakan secara semberono.

“Walaupun Ahli Majlis Syura bukan dalam kalangan mujtahid mutlak tetapi melalui kaedah kolektif bagi satu keputusan sama ada boleh atau tidak.

“Jika perkara itu dilihat untung daripada politik tetapi tidak daripada sudut agama, kita tinggalkan.

“Maka, sebab itulah kalau ada yang kata Pas tunggang agama alhamdulillah, majoriti orang yang ada latar belakang agama walaupun bukan berpendidikan agama tetapi faham, mereka akan sokong perjuangan kita,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, agak mustahil sekiranya Pas menunggang agama tetapi menerima penyertaan hampir 3,000 orang setiap bulan.

Beliau turut memaklumkan akan memberikan ulasan berkenaan kenyataan Pas dahulu boleh bersama DAP tetapi kini pada video akan datang.

Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Dalam internet ada banyak gambar ada sorang tu konon atas nama ugama islam telah membawa lari anak pompuan orang ke siam, pastu kawin.
    Buleh buat cerita tu mesti femes lagi sensasi kisah tu, lagi la kalau ada adegan xxxxx semasa dalam waktu melarikan diri tu macam selalu ada dalam filem2 barat dan tamil menurut peminat filem2 dari dua sumber tersebut.
    Tak salah aku mengikut banyak laman2 web si jantan tu nama dia "anwaq" dan si pompuan gatal nak berlaki sampai ikut lari tu nama dia "jijah"..

    Macam kebetulan pulak nama yang berdua tu sama macam yang jadi pm sekarang dan bini dia.

    Entah ler, aku cuma baca saja dah banyak ada kat laman2 web.
    Ada pencerahan saper2 boleh bagi tolong ler bercerita sikit pada aku dan mereka yang ingin tahu serba sedikit tentang kisah tu.
    Bukan aper, cuma curious nak tahu ajer..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo