NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikecam Pejabat Setiausaha Keselamatan Macau (GSS) berkait dakwaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, kini ‘bersembunyi’ di bandar itu.

Agensi keselamatan Macau itu dipetik daripada portal berita Macau Business berkata pihaknya ‘bingung’ dengan tuduhan itu dan mendakwa SPRM ‘melanggar norma antarabangsa’.

GSS menuduh SPRM mengeluarkan maklumat yang tidak berasas serta tidak mendapatkan sebarang pengesahan dari pihak berkuasa di Macau sebelum membuat dakwaan itu.

Menurut GSS, polis Macau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan hanya boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa negara asing mengikut undang-undang dan norma antarabangsa.

“Ini adalah prinsip yang Macau mesti tegakkan sebagai sebuah bandar antarabangsa dan masyarakat yang mematuhi undang-undang,” katanya, lapor Malaysiakini.

Selasa lalu, Al Jazeera yang memetik seorang jurucakap SPRM berkata Jho Low dan beberapa individu yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB kini berada di Macau.

Notis Merah terhadap Jho Low dilulus dan dikeluarkan oleh Interpol pada 2018.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata usaha untuk memburu ahli perniagaan itu masih diteruskan


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo