NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful



Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu tunduk kepada DAP sehingga menyebabkan penyokong mereka khususnya orang Melayu marah.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata tindakan Zahid itu disifatkan UMNO menumpang rezeki DAP yang merupakan parti terbesar dalam kerajaan campuran ketika ini.

“Zahid semakin terdesak kerana pilihan raya negeri (PRN) sudah dekat. Dia telah membawa UMNO menjadi sebuah parti yang menumpang rezeki daripada DAP. Sudah pasti akar umbi UMNO tidak selesa dan ramai yang mahu berhijrah.

“Ini juga Zahid mahu tutup dengan cara melakarkan gambaran negatif mengenai Perikatan Nasional (PN).

“Data jelas menunjukkan bahawa PH-UMNO ditolak oleh pengundi Melayu.

Ini adalah data yang perlu perhatian daripada semua pihak tanpa melabelkannya dengan apa-apa label negatif.

“Ia adalah fakta yang perlu dibicarakan secara terbuka oleh semua yang prihatin mengenai halatuju negara, bukan sahaja oleh orang politik tapi juga ahli akademik, NGO, dan orang awam,” katanya dalam hantaran dalam Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful melihat kerajaan sekarang cuba menutup kegagalan mereka dengan menuduh Perikatan Nasional (PN) adalah parti perkauman.

“Dia nak ‘imply’ seolah-olah mereka suci tapi orang lain kotor. Padahal kami dalam PN konsisten memperjuangkan kemakmuran bersama untuk semua bangsa dan agama.

“Tatkala PH (Pakatan Harapan)-UMNO semakim gagal menjaga kebajikan rakyat, kami dalam PN terus bercakap mengenai perkara seperti #kwspbersasar, kawalan harga, bantuan kos sara hidup, dan banyak lagi,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo