NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Selangor tidak bubar 19 Jun ini – Amirudin



SHAH ALAM – Tarikh 19 Jun ini genap Datuk Seri Amirudin Shari memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, sekali gus tanda tamatnya tempoh penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun, kata Amirudin, 19 Jun itu tidak bermakna tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Saya kena mimpi dululah (ketawa). Apapun, saya tidak boleh nyatakan tarikh bubar kerana saya perlu hormati Tuanku Sultan, yang akan berangkat ke tanah suci Mekkah pada 20 Jun ini.

“Untuk pembubaran ini, saya perlu dapatkan perkenan Tuanku terlebih dahulu sebab Tuanku yang akan menetapkan bila tarikhnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, selama lima tahun diberi amanah mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor, mungkin mengujakan sesetengah pihak yang merasakan tarikh 19 Jun untuk beliau bubarkan DUN.

“Saya nak bagitau, tak ada (pembubaran), saya tak (akan) bubarkan (DUN) 19 Jun ini,” tegas beliau. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo