NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran jerebu akibat titik panas di Sabah, Sarawak, Kalimantan, Indonesia



KUALA LUMPUR: Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) mengeluarkan amaran mengenai beberapa titik panas di bahagian selatan rantau itu yang mungkin mengakibatkan keadaan berjerebu.

Menerusi laporan terbaru agensi itu, antara titik panas (hotspot) itu dikesan di Sarawak dan Sabah. Ia juga turut berselerak di seluruh Kalimantan, Indonesia.

Dalam laporan cuaca terkini dan keadaan jerebu bertarikh semalam, menyatakan hujan terpencil berlaku di kebanyakan rantau negara ASEAN, tetapi keadaan lebih kering di selatan Sumatera, Pulau Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, Indonesia dan bahagian tengah sub-rantau Mekong.

"Titik panas terpencil dikesan di Kalimantan, Indonesia, Vietnam dan Kemboja manakala beberapa titik panas turut dilaporkan di Laos, Thailand dan Sumatera, Indonesia.

"Tiada kepulan asap yang ketara diperhatikan daripada imejan satelit," katanya dalam laman web ASMC.

Dalam laporan tinjauan cuaca dan jerebu pula, ASMC berkata, hujan terpencil dijangka berlaku di kebanyakan negara ASEAN untuk beberapa hari akan datang.

"Keadaan lembap dijangka di kawasan pantai selatan Myanmar disebabkan peredaran angin manakala keadaan yang lebih kering diramalkan berterusan di selatan Sumatera, Pulau Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, Indonesia dan bahagian tengah sub rantau Mekong," katanya.

Laman web itu juga menjelaskan, titik panas terpencil dan kepulan asap setempat mungkin terjadi di kawasan kerap berlaku kebakaran yang dikesan kekal kering.

"Angin lazim di rantau ASEAN selatan dijangka bertiup dari tenggara manakala angin lazim di utara rantau berkenaan diramalkan bertiup dari barat daya ke barat," katanya.


Sumber I BH Online











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo