NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Asnaf terharu terima sumbangan PAS Libaran



SANDAKAN: Tiga keluarga asnaf di Kampung Pulau Nunuyan di sini, terharu apabila menerima kunjungan pemimpin PAS Libaran yang datang menyampaikan sumbangan pada program ziarah semalam.

Suratni Arisah, seorang asnaf yang menyara enam anak selepas kematian suaminya menzahirkan penghargaan kepada pemimpin PAS kerana menziarahi sambil memberi bantuan bakul makanan.

“Terima kasih sangat-sangat kepada PAS atas sumbangan ini, saya cukup menghargai,” katanya ketika ditemui.

Rombongan PAS Libaran yang diketuai Yang Dipertuanya, Abdul Wara Mohammad menyantuni dan bertanya khabar penduduk di kampung tersebut.

“Kami datang ke Kampung Pulau Nunuyan bagi menyantuni penduduk sambil menghulurkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang kehilangan suami dan mereka yang ditimpa penyakit,” katanya.

Katanya, program ziarah berkenaan akan diteruskan beberapa siri pada masa akan datang.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid; Ketua Lajnah Kesihatan PAS Sabah, Dr Nafsah Dulajis dan Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem. – HARAKAHDAILY 3/6/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo