Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kerajaan sepatutnya memberi perhatian kepada kekosongan itu yang perlu diisi segara.
“Perkara yang patut diberi perhatian ialah mengenai (jawatan) ketua audit negara dah empat bulan tidak diisi, yang itu patut diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
“Bagaimana kita nak bincang soal ini (bahas LKAN 2021) kalau ketua audit negara pun tidak ada?,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa kegagalan kerajaan melantik ketua audit baharu kerana takut diaudit.
“Nampak kerajaan pada hari ini takut diaudit sebab itu tak lantik ketua audit negara,” katanya.
Ketika membantah perbahasan LKAN 2021 itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata
“Semakan kami sepanjang perjalanan Dewan Rakyat tidak pernah LKAN dibentang dibahaskan hanya dibentangkan,” katanya.
Laporan itu dipercayai berkait audit bagi tahun ketika wabak Covid-19 melanda di mana pengisytiharan darurat dibuat di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setelah hampir sejam berlaku pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang, akhirnya Yang diPertua Dewan Rakyat , Tan Sri Johari Abdul memutuskan laporan itu perlu dibahaskan kerana prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang meneliti LKAN tidak terbuka kepada umum. - Agendadaily
No comments
Post a Comment