NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 soalan PN untuk Anwar jawab di Parlimen



Perikatan Nasional (PN) menghantar tiga soalan untuk dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat minggu depan termasuk satu soalan menyentuh isu kalimah Allah.

Sekretariat Parlimen PN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan soalan itu dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 1 Jun 2023 untuk dimasukkan ke dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada 6 Jun, 2023.

Menurut kenyataan itu, soalan berkait isu kalimah Allah dikemukakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga bekas menteri Parlimen dan undang-undang.

Walau bagaimana pun, semua soalan yang dihantara akan dipilih dan disenarai pendek sebelum dijawab oleh perdana menteri pada sesi pertanyaan setiap Selasa itu.

Dalam soalannya, Takiyuddin meminta perdana menteri memperincikan proses kerajaan menarik balik rayuan di mahkamah berhubung kes kalimah Allah, baru-baru ini.

“Bilakah tarikh rundingan dan rujukan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, sama ada sebelum atau selepas tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

“Bagaimanakah kaedah rujukan kerajaan dengan Majlis Raja-Raja Melayu dalam hal penarikan rayuan kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, satu lagi soalan dikemukakan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengenai kesan kejatuhan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara serta pendekatan kerajaan untuk mengukuhkan nilai ringgit.

Soalan terakhir pula dikemukakan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menyentuh isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) oleh Kementerian Pertahanan.

“Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kegagalan projek LCS?,” soalnya yang turut empertikai kewajaran kerajaan menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dengan kontrak tambahan baharu meningkat sehingga RM 11.2 bilion sedangkan bilangan kapal yang perlu disiapkan dikurangkan kepada lima sahaja.

Tahun lalu, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan kerajaan membayar RM6.083 bilion untuk lima buah kapal kepada BNS bagi projek runding terus itu namun tiada satu pun kapal diterima setakat ini.

Laporan itu turut menyenaraikan sembilan rumusan punca kepincangan keseluruhan projek bernilai RM9 bilion.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo