NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat



Kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan daerah Tuaran di Sabah kini dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 dengan serta-merta.

Langkah meletak daerah Tuaran sebagai zon merah susulan peningkatan kes yang mendadak sejak minggu lalu dengan kes direkodkan sudah melebihi 40 kes.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, daerah itu mencatatkan 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.

“Analisis kes Covid-19 bagi Minggu Epid (ME) 19/2023 (minggu lalu) hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.


“Manakala 16 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes bagi minggu ini. Ini melibatkan daerah Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

“11 lagi daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes pada Minggu Epid ke 19 berbanding Minggu Epid ke 18 iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak. Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan di seluruh negeri bagi Minggu Epid ke 19,” katanya dalam kenyataan media perkembangan mingguan Covid-19.

Secara keseluruhannya, Joachim berkata, bilangan kes baharu pada ME 19/2023 meningkat sebanyak 68 peratus iaitu daripada 38 kes kepada 64 kes.

Manakala bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 68 peratus iaitu daripada 38 kes kepada 64 kes.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 19/2023 meningkat sebanyak 40 peratus iaitu lima (5) kes kepada tujuh (7) kes.

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam rawatan juga meningkat sebanyak 6 peratus iaitu daripada 156 kes kepada 166 kes pada minggu ini,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan langkah pencegahan khususnya dalam pemakaian pelitup muka di kawasan ramai orang berikutan situasi semasa kes Covid-19 yang meningkat.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo