NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Negeri Sembilan bubar pada hujung Jun



Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada hujung Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menurut laporan Bernama.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan bersama Menteri Besar serta Ketua Menteri bagi Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Kita sudah membuat keputusan pembubaran DUN itu nanti tidak sama hari dan tarikh tetapi dalam bulan sama dengan negeri yang lain.

“Ada (negeri) yang mungkin (bubar) awal iaitu hujung bulan ini, awal bulan Jun dan ada juga bubar hujung bulan Jun dan awal Julai. Kita akan ambil hujung bulan Jun, insya-Allah, mungkin 1 Julai itu hari terakhir,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan nama baharu bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN.

Pada majlis hari ini, Aminuddin berkata, nama Allahyarham Dato’ Syeikh Mohd Murtadza Syeikh Ahmad merupakan bekas Mufti negeri ini dan merupakan tokoh ulama yang dihormati dan disanjungi kerana sumbangannya dalam bidang agama dan masyarakat.

Katanya, Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza itu membabitkan 7.9 kilometer dari Jalan Pantai, Seremban sehingga Persimpangan Kem Askar Sikamat.

“Tujuan penukaran nama jalan ini bagi memperingati dan memberikan penghormatan kepada keluarga serta pengorbanan Allahyarham dalam memajukan syiar Islam di negeri ini,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo