NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya dah buat kaji selidik, tiada MP BN akan kosongkan kerusi: Zahid



Tiada Ahli Parlimen (MP) daripada gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing bagi menumbangkan kerajaan campuran, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata sudah membuat kaji selidik berhubung spekulasi mengatakan terdapat MP mahu menarik sokongan, ia selepas spekulasi mendakwa terdapat usaha menjatuhkan kerajaan campuran.

“Walaupun saya mendengar daripada awal ada 13 orang (Ahli Parlimen) yang mahu meletakkan jawatan dan kemudian angka itu meningkat kepada 15 orang, saya kemudian melakukan kaji selidik terhadap tiap-tiap seorang daripada Ahli Parlimen terbabit.

“Kesimpulannya, saya ingin sahkan tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN, apatah lagi daripada UMNO yang mahu meninggalkan dan mengosongkan kerusi,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas, sebaliknya BN tetap komited untuk meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sokongan padu daripada 148 Ahli Parlimen mengukuhkan Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang, sekali gus mewujudkan kestabilan dalam negara.

“Sokongan 148 Ahli Parlimen itu membolehkan negara ditadbir oleh kerajaan yang stabil, sekali gus usaha menjaga kebajikan rakyat dapat dilakukan secara berterusan, bukan untuk dipolitikkan.

“Kita hanya bermain politik apabila tiba Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) atau pilihan raya kecil.

“Jika bermain politik terlalu banyak, kita boleh lihat keputusannya seperti dizahirkan pada PRU-14 apabila kerajaan bertukar silih berganti dengan pertukaran tiga kali Perdana Menteri,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo