Tindakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberi penjelasan soal isu kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) tidak disenangi rakannya.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata Hassan tidak sepatutnya mengalihkan serangan kepada dua pemimpin kerajaan itu.
“Hassan perlu rujuk kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bukan alih serangan kepada perdana menteri dan menteri ekonomi. Kenyataannya juga seolah-olah kenaikan OPR itu atas arahan perdana menteri mahupun menteri ekonomi. Ini tidak benar.
“Sebagai seorang ahli Parlimen dan pemimpin PKR, Hassan sepatutnya membantu memberi kefahaman kepada rakyat dan bukannya dengan sengaja mengalihkan serangan kepada perdana menteri dan menteri ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Hassan menuntut penjelasan Anwar dan Rafizi susulan kenaikan OPR itu dinafikan sebelum ini selain beliau melahirkan kebimbangan isu itu akan menjejaskan PH pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Mempertahankan kenaikan itu Razeef berkata kenaikan OPR itu adalah kesan daripada peningkatan ekonomi negara yang memberangsangkan serta jumlah pengangguran yang berkurangan.
“Sudah tentu keputusan BNM menaikkan OPR adalah melalui data yang mereka miliki. OPR tidak akan naik jika sesebuah negara masih bermasalah dari segi ekonomi.
“Kita akui masih ada segelintir rakyat bergelut dari segi ekonomi namun pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenal kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dari segi ekonomi.
“Ia seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan pelbagai kemudahan bantuan dan pinjaman,” katanya.
Malah Razeef sempat ‘mengajar’ bekas Pengerusi PKR Johor itu yang dilihat terlalu khuatir dengan nasib rakyat bergelut dengan masalah ekonomi agar menjalankan peranannya sebagai ahli Parlimen kerajaan dengan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment