NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saingan MPFL semakin meningkat tetapi saya ada masalah dengan kualiti pengadilan – Helio Neto



Pemain Selangor TOT United, Helio Neto tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL).

Beliau berkata, dirinya tiada masalah bermain di liga tersebut tetapi kualiti pengadilan haruslah dipertingkatkan seiring dengan tahap liga.

“Saya tiada masalah dengan pasukan, cuma saya ada masalah besar dengan pengadil, bagi saya kualiti pengadilan boleh dipertingkatkan lagi.

Tetapi saya lihat tahap saingan di MPFL semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan menentang PFA Odin Sarawak yang menyaksikan pasukannya menang 10-2.

Dalam pada itu, beliau berharap kehadiran pemain Jepun, Antonio Massanori Hirata Neto dapat membantu pasukan, dan dirinya secara peribadi.

“Saya harap beliau dapat bantu pasukan dan juga diri saya kerana beliau merupakan penjaring terbanyak di Jepun.

Saya mahu beliau jaringkan gol sebanyak mungkin dengan hantaran daripada saya.”

Beliau berkata, sasaran peribadinya dalam saingan MPFL pada musim ini adalah untuk menjadi juara.

Dalam pada itu, Hirata Neto bertekad mahu meningkatkan lagi kualiti Selangor TOT United dengan kehadirannya dalam pasukan itu.

Beliau mengakui tahap futsal di Jepun jauh lebih tinggi dan sasarannya  di Malaysia adalah hanya mahu mendapatkan kemenangan dan menjaringkan banyak gol untuk membantu pasukan.

“Harus diakui bahawa tahap di Jepun adalah lebih tinggi, saya datang ke sini untuk bantu dan tingkatkan tahap pasukan.

Saya adalah seorang pivot jadi saya mahu lakukan hantaran yang bagus dan menjaringkan banyak gol untuk pasukan.”

Hirata dijangka akan membuat penampilan sulung bersama pasukan menentang KL City pada 14 Mei ini.

Beliau yang merupakan juara Piala Asia Futsal 2022 dilaporkan akan bersama pasukan itu sehingga Julai ini.


Sumber I Harimau Malaya



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo