NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AGC nafi keluar kenyataan berhubung pendakwaan terhadap KSN, Zuki Ali

story-image

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali. 

AGC dalam kenyataan di Putrajaya hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke atas Tan Sri Zuki Bin Ali - Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah salah.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo