NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PFA Odin Sarawak terpaksa berlatih di jalanan kerana tiada gelanggang



Ketua jurulatih PFA Odin Sarawak, Faizal Zamri berharap ada pihak yang sudi memberi bantuan kepada pasukan itu dari segi dana untuk kelangsungan mereka dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL).

Beliau berkata, mereka mempunyai banyak kekangan dan kesukaran untuk bersaing gara-gara dana yang kurang terutama dari segi pengangkutan dan fasiliti.

“Kami dari kelab yang kecil ini memang terkesan untuk dapatkan dana, kita perlukan banyak dana untuk perlawanan di tempat lawan termasuklah penerbangan, pengangkutan dan penginapan.

Kadang-kadang kami terbang ke Semenanjung pada pagi hari perlawanan dan terus bermain pada petangnya semata-mata mahu menjimatkan wang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Faizal berkata demikian selepas kekalahan pasukannnya kepada Selangor TOT United 10-2 dalam saingan MPFL sebentar tadi.

Beliau berkata, PFA Odin Sarawak tidak mempunyai tempat latihan yang mengikut standard dan kadang-kadang terpaksa melakukan latihan kecergasan sahaja disebabkan ketiadaan tempat.

Tambahnya, ada kalanya mereka juga terpaksa berlatih di jalanan atau di kawasan trek.

“Dari dulu kami tiada tempat latihan, bola latihan kami pun rosak kerana berlatih di jalanan dan kawasan trek, kalau dapat berlatih di gelanggang pun ia bukanlah yang mengikut standard.

Gelanggang yang ada minggu depan pun belum tentu dapat pakai kerana kami dapat berita dari Majlis Sukan Negeri ia terpaksa ditutup untuk ubah suai, jadi kita tak tahu lagi sama ada FAM terima atau tidak permohonan kami untuk tangguhkan perlawanan kerana tiada gelanggang yang sesuai di Kuching, Sarawak.”

Dalam pada itu, ketua pasukan, Faezwan Ashwandie mengakui perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada persiapan pasukan.

Beliau berkata bahawa pasukan itu tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi termasuklah tempat latihan seperti pasukan-pasukan lain.

“Memang pasukan kita tiada gelanggang tetap yang baik untuk berlatih, bukan kerana tiada sokongan tetapi mungkin ada isu dalaman yang berlaku.

Jika tiada gelanggang kita terpaksa buat sesi latihan kecergasan saja, atau jika cuaca hujan, kami terpaksa tunggu hujan reda sebelum boleh berlatih di gelanggang.”

Beliau berkata, pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang sasaran buat mereka untuk musim ini memandangkan mereka adalah pasukan baharu dan serba kekurangan.

Namun, beliau mahu memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain yang beraksi dalam MPFL.


Sumber I Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo