NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Pembahagian kerusi PN hampir selesai




LARUT: Perbincangan mengenai pembahagian kerusi parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah hampir selesai.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata cuma terdapat beberapa kerusi yang masih belum dimuktamadkan.

“Banyak kali dah kita bincang, Insya-Allah tinggal tiga atau empat kerusi yang perlu kita lakukan perbincangan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di sini, hari ini.

PRN di enam negeri tahun ini melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Mengenai Pemilihan Bersatu 2023, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata pemilihan parti akan diadakan setelah selesai PRN di enam negeri berkenaan. – BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo