NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proses lantikan KP SPRM perlu lebih telus, kata kumpulan pemantau kepada PMX

Himpunan Tangkap Azam Baki dianjur penyokong pembangkang sebelum ini.


Kerajaan perlu meneliti semula proses lantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM)- Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR).

Kritikan dibuat kumpulan itu susulan keputusan kerajaan menyambung semula khidmat Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhajaya SPRM baru-baru ini, ia walaupun sebelum ini paling lantang dalam mengkritik membabitkan isu pegangan saham dimiliki bos agensi itu semasa menjadi pembangkang.

“Pada masa hadapan, proses pelantikan perlu telus dan kita harus senaraikan kriteria (pelantikan ketua pesuruhjaya).

“Ini akan menghalang sebarang persepsi negatif terhadap ketua pesuruhjaya SPRM,” kata Pengerusi KRPPM-IGAR, Syed Ibrahim Syed Noh dipetik laporan Sinar Harian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kontrak Azzm disambung selama setahun lagi.

Ditanya mengenai alasan pelanjutan itu, Anwar berkata berkata memang sebelum ini ada isu yang dikaitkan dengan pegawai kanan berkenaan.

Namun katanya, kerajaan sekarang berpendapat Azam telah berkhidmat dengan baik selepas diberi “kelonggaran” untuk menjalankan tugas masing-masing.

Semasa menjadi pembangkang, Pakatan Harapan (PH) lantang membidas Azam dan juga mengadakan perhimpunan jalanan bersejarah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tangkap Azam Baki pada 22 Januari tahun lalu.

PH juga menuntut Azam ditangkap dengan serta-merta oleh agensi penguat kuasa, proses undang-undang ke atas beliau bermula dengan segera dan SPRM dirombak serta diletakkan di bawah Parlimen.

Malah, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semasa ceramah kempen politik juga berjanji untuk mencari Azam selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk mendakwanya, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku apabila kontraknya pula disambung semula.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo