NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proklamasi disokong PAS tiada kaitan PRN enam negeri



ALOR SETAR: Proklamasi Orang Melayu dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut ditandatangani sokongan oleh pemimpin PAS tiada kena mengena dengan PRN enam negeri.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, proklamasi tersebut telah dirancang awal lagi daripada hal-hal berkaitan PRN, namun program berkenaannya berdepan pembatalan premis sebanyak empat kali.

“Proklamasi ini ialah anjuran yang dibuat melalui pertubuhan atau individu yang menandatangani menyokong penyataan Proklamasi tersebut. Jadi ia tidak melibatkan parti-parti politik, ia di luar daripada kerangka politik.

“Empat kali diubah tempat, kerana dibatalkan premis. Jadi akhirnya terpaksa buat dalam bentuk petisyen sahaja,” ujarnya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PAS Pusat, di Kompleks PAS Negeri Kedah, di sini sebentar tadi.

Diminta menyentuh mengenai ura-ura Akuan Bersumpah (SD) pembentukan kerajaan baharu, katanya, selagi dalam kerangka dibenarkan oleh undang-undang dalam sistem negara, maka perkara itu sah dari segi Perlembagaan.

Pun demikian, hal itu tidak melibatkan kaitan dengan Proklamasi tersebut, malah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menafikan pertemuan dengan Tun Mahathir adalah berkenaan pembekuan akaun BERSATU serta tiada kena mengena dengan komplot menjatuhkan kerajaan.

“Selagi dalam kerangka yang dibenar oleh sistem pilihan raya, sistem demokrasi, tidak bercanggah dengan undang-undang, bagi kita ia terbuka,” ujarnya di samping Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan beberapa pimpinan lain.

Ustaz Tuan Ibrahim juga menyifatkan kehadiran orang ramai ke majlis tersebut sangat luar biasa di mana dimeriahkan oleh lebih 50,000 pengunjung hingga penganjur terpaksa membuat penambahan makanan yang disediakan.

Jelasnya, PAS Pusat telah memutuskan lebih awal untuk mengadakan majlis di negeri ini daripada program Aidilfitri Malaysia Madani diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung juga di Hotel Raiya, di sini hujung bulan lalu. – HARAKAHDAILY6/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo