NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji minimum penjawat awam dituntut naik RM1,800



BANGI,  Sabtu –  Kali terakhir kenaikan gaji bagi penjawat awam ialah pada tahun 2016 dnean kadar minimum RM1,200.

Sehubungn itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata sekarang pada tahun 2023 ia masih berada parasa RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing, jumlah gaji itu baru mencapai anggaran RM1,900 yang nyata jauh daripada sasaran menjelang 2025.

Justeru itu, katanya CUEPACS  mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.

“Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500,

Pada 1 Mei lealu, semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.

Sementara itu, memetik BERNAMA,  seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.

“Kerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.

“Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain,” katanya.

Bagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.

“Kami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.

“Contohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit,” katanya.- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo