NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek Aerotropolis: Sanusi dakwa sukar untuk berjumpa PMX

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan Kedah Aerotropolis.- Gambar Facebook KXP


Tiada maklum balas diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan untuk berjumpa bagi membincangkan projek pembangunan Kedah Aerotropolis, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu berkata susah hendak mendapatkan masa PMX bagi membincangkan isu projek pembangunan industri penerbangan yang hendak dibangunkan kerajaan negeri.

“Saya nak jumpa (Anwar) tapi dia tak nak jumpa saya, susah betul…

“Di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) baru-baru ini saya tak ada bercakap mengenai isu itu. Beliau ada lalu tengok reruai kita mengenai projek Aerotropolis tetapi saya pun tak ada kesempatan panjang nak bercakap mengenai tajuk itu.

“Saya perlu masa lebih panjang dan sesuai. Jumpa di situ tak sesuai,” katanya dipetik laporan BH.

Sanusi terdahulu hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim antara Kedah dan Perlis di Wisma Darul Aman hari ini.

Pada Februari lalu, media melaporkan Kedah tidak akan berputus asa untuk meyakinkan Kerajaan Persekutuan mengenai faedah yang bakal diperolehi menerusi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang tidak dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023.

Sanusi dilaporkan berkata usaha untuk membuat pembentangan projek berkenaan di hadapan Anwar akan tetap dilakukan bagi merealisasikannya.

Katanya, setakat ini sudah dua kali surat permohonan bertemu bagi tujuan itu telah pun dihantar namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat sebelum itu berkata Kerajaan Pusat tidak boleh mempertimbangkan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim.

Sebaliknya Anwar berkata kerajaan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, berbanding membangunkan hab baharu.

Sementara itu, Sanusi mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meneruskan penganjuran LIMA’23.

Katanya, sambutan LIMA’23 cukup hebat dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri dilihat cukup bagus.

“Terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan agensi persekutuan yang telah bertungkus-lumus menjayakan LIMA’23. Begitu juga dengan agensi kerajaan negeri yang ‘all out’ bagi menjayakannya.

“Kerjasama ditunjukkan cukup bagus, Alhamdulillah. Terima kasih Kerajaan Persekutuan teruskan LIMA,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo