NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: 4 negeri kekal guna logo PN

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, PAS setakat ini mahu menggunakan logo parti itu di negeri Kelantan dan Terengganu.



MUAR: Perikatan Nasional (PN) akan kekal menggunakan logo gabungan berkenaan di empat negeri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, sama seperti ketika pilihan raya umum (PRU) yang lepas.

Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata empat negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah, selain masih menunggu kata putus daripada Kelantan serta Terengganu.

“Setakat hari ini kita kekalkan…kecuali kalau PAS minta perubahan, sebelum ini mereka (PAS) menerima logo PN di Kedah dan mereka gunakannya sampai sekarang, mereka masih kekalkannya.

“Tapi di Kelantan dan Terengganu kalau mereka gunakan logo PAS pun tidak mengapa. Orang dah kenal dah PN ini, hanya untuk pilihan raya tetapi secara dasarnya hubungan kita dalam PN cukup baik. Ia (hubungan) ada kemajuan sebenarnya jika nak dibandingkan dengan PRU yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh, yang turut dihadiri oleh Adun Bukit Kepong Sahruddin Jamal.

Muhyiddin turut menyifatkan PRN kali ini akan menjadi satu tanda aras baru yang akan menunjukkan hala tuju masa depan politik negara.


Sumber I Agenda Daily 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo