NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penalti kontroversi Sherman julang Tok Gajah

Sherman (kanan) diasak pemain Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. - FOTO: FB SRI PAHANG FC


SRI Pahang FC mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Beraksi di sebelah petang dilihat menjejaskan sedikit rentak kedua-dua pasukan apabila aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Sebaik babak kedua bersambung, Sri Pahang dihadiahkan sepakan penalti kontroversi selepas Kpah Sherman dijatuhkan oleh pertahanan Penang, Rafael Vitor.

Keputusan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir itu menimbulkan rasa tidak puas hati barisan pemain Penang yang mendakwa terjahan Vitor terlebih dahulu terkena bola dan bukan kaki Sherman.

Bagaimanapun, bantahan tersebut tidak dilayan Mohd Hasrol dan Sherman tenang menyudahkan penalti untuk gol buat Tok Gajah.

Penang cuba memperkemaskan permainan dan berpeluang mencari gol penyamaan menerusi sepakan percuma Soony Saad pada minit ke-55, namun percubaannya melambung tinggi.

Situasi 'bola mati' sekali lagi menghadirkan ancaman buat Sri Pahang pada minit ke-70, namun tendangan terus Soony berjaya ditumbuk keluar oleh Zarif Irfan.

Beberapa peluang turut dimiliki kedua-dua pasukan, namun gagal disudahkan menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga penghujung perlawanan.

Sri Pahang kini berada di kedudukan kedua liga dengan merekodkan 25 mata, manakala Penang pula berada di kedudukan kesembilan dengan 14 mata.

Skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), manakala Penang akan menentang Terengganu FC pada perlawanan liga seterusnya Rabu ini.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo