NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki Pakistan didakwa rogol OKU ditahan



KOTA BHARU: Seorang warganegara Pakistan dicekup polis selepas didakwa merogol seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Padang Tembak, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 42 tahun itu dicekup selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang merupakan OKU kategori ketidakupayaan intelektual pada pukul 5.35 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd.Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun berjalan secara berseorangan untuk ke kedai makan pada pukul 1 petang.

Menurutnya, mangsa kemudian didatangi suspek yang kemudian mengajaknya naik ke tingkat atas sebuah rumah kedai.

“Semasa  berada di rumah kedai terbabit suspek bertindak merogol mangsa. Sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd.Rosdi memberitahu, bertindak atas maklumat daripada mangsa polis telah menahan suspek di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa untuk siasatan lanjut.

Katanya, saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.-UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo