NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ku Li dilantik sebagai Penasihat UMNO



BANGI, Ahad – UMNO hari ini melantik Pemimpin veterannya, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Penasihat parti itu atas cadangan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sambil berkata Ahmad Zahid membuat cadangan itu ketika berucap pada pertemuan dengan ketua, timbalan dan naib ketua UMNO bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Veteran UMNO bersetuju dengan bangun dalam majlis itu apabila nama Tengku Razaleigh dicadangkan oleh Ahmad Zahid,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti kepada BH, hari ini.

Tengku Razaleigh menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974, ketika kawasan itu dikenali sebagai Ulu Kelantan, namun gagal mengekalkan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Azizi Abu Naim dengan kekurangan 163 undi.

Tahun lalu, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan meninggalkan dunia politik selepas PRU15.


Sumber I Tv Pertiwi 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo