NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lantikan politik: Pemuda UMNO minta maaf pula kepada Amanah selepas kritik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta Maat kepada Parti Amanah.


Pemuda UMNO menarik balik kritikan mereka sebelum ini terhadap Parti Amanah berhubung isu lantikan politik melibatkan lima orang pemimpin baru-baru ini.

Permohonan maaf kepada Parti Amanah itu dibuat Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Presiden parti tersebut.

“Hari ini saya berdiri di atas pentas Kerajaan Perpaduan…saya faham hari itu bila kenyataan saya berhubung lantikan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) (kritikan)…maka untuk sahabat AMANAH, saya berbesar hati dan merendah diri ingin memohon maaf,” katanya dipetik laporan BH.

Permohonan maaf itu dibuat semasa sesi dialog dalam Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023, hari ini.

Sebelum ini, Muhamad Akmal yang mengkritik keputusan pelantikan lima pemimpin Parti Amanah itu dalam agensi utama di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, meminta Mohamad supaya menarik semula lantikan terbabit.

Ia membabitkan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo