NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim silap ketika menyatakan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran hanya terpakai untuk Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan, Baru Bian berkata pemimpin negara itu tidak mempunyai asas berkata demikian kerana ia tidak tepat di sisi undang-undang.

“Penghakiman Mahkamah Tinggi terpakai di seluruh Malaysia,” katanya yang juga seorang peguam, lapor The Malaysian Insight.

Semalam Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilaporkan berkata keputusan mahkamah itu adalah khusus untuk negeri Sarawak yang tidak terpakai untuk negeri lain di negara ini.

Dalam pada itu, Baru berkata kenyataan Anwar itu bukan sahaja bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam sidang medianya semalam malah beliau juga mengelirukan rakyat dengan membuat andaian atau kesimpulan tidak tepat mengenai kesan undang-undang penarikan balik rayuan itu.

Kata Baru yang juga bekas pemimpin PKR, undang-undang itu sepatutnya terpakai untuk semua negeri di Malaysia.

“Beliau membayangkan setiap undang-undang negeri boleh melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan tertentu yang bermaksud menyekat kebebasan beragama,” katanya.

Tegas Baru, Anwar tidak boleh lari daripada berakap soal fakta terutama apabila hak minoriti berisiko terhakis.

“Perlembagaan Persekutuan tidak mendiskriminasi rakyat berbilang kaum atau negeri. Sebagai ketua kerajaan perpaduan, perdana menteri tidak boleh lari daripada bercakap fakta, terutamanya di mana hak minoriti berisiko terhakis dan disekat,” katanya.

Katanya lagi, hakim tidak membezakan antara Sarawak dan negeri lain di Malaysia Barat dalam penghakiman itu.

“Dengan menarik balik rayuan itu, Peguam Negara dan kerajaan secara efektif menerima keputusan hakim secara keseluruhan, sekali gus mengakui arahan 1986 adalah tidak sah.

“Menteri dalam negeri memahami perkara ini, seperti dibuktikan oleh klip video semalam sidang media beliau mengenai perkara itu.

“Beliau sangat jelas mengenai perkara ini, dengan menyatakan KDN tidak lagi boleh menguatkuasakan arahan itu menurut PPPA,” kata Baru merujuk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1988 (PPPA) yang digunakan kerajaan Persekutuan untuk mengharamkan penggunaan perkataan itu.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo