NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan tak cadang naikkan harga lantai getah sekerap



KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram buat masa ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, ini kerana kerajaan telah pun menaikkan PHP sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.50 ke RM 2.70 sekilogram ketika ini.

“Sekiranya PHP IPG dinaikkan kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 yang dilaksanakan pada masa ini, anggaran keperluan kewangan kerajaan pada 2023 diunjurkan sebanyak RM457 juta.

“Ia berdasarkan unjuran jumlah pengeluaran getah sebanyak 400,000 tan dengan harga purata tahunan SMR20 RM6.10/kg.

“Oleh kerana itu, buat masa ini, kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan PHP,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Hassan Saad (Baling- PN) tentang kemungkinan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram bagi menyerap impak kejatuhan pendapatan para penoreh ketika ini.

Dalam pada itu, Siti Aminah berkata, kerajaan tiada kuasa untuk mengawal harga komoditi itu di pasaran terbuka.

“Seperti komoditi lain, getah asli berorientasikan eksport di mana harganya bergantung kepada persetujuan di antara pembeli dan penjual dan ianya di luar kawalan kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sebelum ini pun telah bersetuju untuk menaikkan harga lantai getah sekerap sebanyak 20 sen, dari RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram pada tahun ini.

“Kerajaan sedar akan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah. Oleh itu, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan PHP IPG sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.50 ke RM 2.70 sekilogram.

“Jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM350 juta sepertimana yang diumumkan di dalam Belanjawan 2023,” katanya lagi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo