NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan harus perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah – Sultan Johor

Kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung isu kalimah Allah.


KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam tidak akan dibenarkan di negeri itu selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

“Di negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan: “Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan agama-Agama Bukan Islam 1991.

Peruntukan undang-undang itu melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor.

Baginda bertitah demikian dalam kenyataan hari ini.

Titah baginda, peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk terus terpelihara.

Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim berpandangan bahawa Kerajaan Persekutan harus memperhalusi dengan cermat keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah serta kesan-kesannya kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.

Ia susulan keputusan pada 18 April 2023 yang menyaksikan keputusan Kerajaan Persekutuan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putraya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggii Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021 dalam semakan kehakiman Jill Ireland bt Lwrence Bll lwn Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri & Anor. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo