NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Kami terbeban, sewa rumah naik RM300 kerana OPR’

JOHOR BAHRU – Perbelanjaan bulanan isi rumah penduduk di bandar raya ini turut terkesan ekoran Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 3.0 peratus pada 3 Mei lalu.

Pembeli dan penyewa kini terbeban dan terpaksa menelan ‘seksa’ kenaikan yang dilaporkan memasuki lima kali tahun ini.

Seorang penyewa rumah di Larkin, di sini, Siti Noor Asiah Muda, 33, berkata, pemilik rumah telah memaklumkan terpaksa menaikkan kadar sewa bulanan apartmen servis kepada RM1,200 bermula Jun depan.

“Pada awal OPR dinaikkan pada November tahun lalu, pemilik rumah tidak menaikkan kadar sewa sebab dia berfikir kami masih bergelut dan terbeban dengan kenaikkan harga barang yang melambung.

“Namun, setelah kali kelima kadar OPR dinaikkan, dia (pemilik) hubungi saya maklumkan terpaksa naikkan harga sewa, kalau sebelum ini sewa RM950, bermula Jun depan jadi RM1,200,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar ibu seorang cahaya mata itu, dia memilih untuk menyewa memandangkan ketika ini memandangkan masih dalam pro­ses untuk membeli hartanah di sekitar bandar raya ini.

Sementara itu, seorang pekerja pembersihan di Singapura, Rosnah Ismail, 48, berkata, dia juga terkesan apabila terpaksa membayar sewa rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Mutiara, di sini kepada RM1,600 sebulan.

“Kalau sebelum ini, tuan rumah beri sewa sebanyak RM1,300 sebulan, tetapi selepas OPR dinaikkan kali kelima, sewa naik sehingga RM1,600.

“Keadaan ini beri beban dan tekanan kepada saya yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, anak sekolah lagi, barang-barang pula mahal pula,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo