NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JKM gagal dapat perintah hak jagaan sementara Maisarah



KUANTAN – Mahkamah Majistret Pekan hari ini menolak permohonan perintah hak penjagaan sementara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia sembilan tahun.

Permohonan hak penjagaan kepada Angelina Marion Rose A/P Roslan atau nama Islamnya, Nur Maisarah Abdullah ditolak berikutan pihak JKM tidak mematuhi kriteria Seksyen 17 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Maisarah hadir ke mahkamah memakai baju kurung bercorak hijau emerald  kelihatan tenang dibawa masuk sambil diiringi pegawai pelindungnya pada pukul 2.40 petang tadi.

Prosiding pendaftaran dilakukan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Pekan kemudian mangsa dilaporkan hadir ke kamar bicara dan proses perbicaraan selama satu jam 35 minit dilakukan secara tertutup.

Majistret, Wahida Zainal Abidin kemudian memerintahkan kanak-kanak itu kembali ke pangkuan ayah kandungnya, Roslan Mohd setelah habis bersidang pukul 4.51 petang.

Roslan ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur apabila keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

Hadir ketika prosiding berkenaan ialah Yang Beradat Tok Batin Zaini A/L Sati, ibu tirinya Sarina Hitam, ibu saudaranya, Mahani Mohd dan sepupu ayahnya, Zainab Bedik.

Semalam pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah  Rompin mengambil keterangan mangsa selepas satu laporan berkaitan penderaan dan pengabaian pada 28 Mei lalu yang dibuat oleh ibu mangsa.

Peguambela, S.Kumaraselvam berkata, pihaknya berpuas hati kerana mahkamah mempertimbangkan semua fakta dan undang-undang.

Dalam perkembangan sama di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memerintahkan pihak JKM menyiapkan surat tunjuk sebab pada 1 Jun ini berikutan mengambil kanak-kanak itu di bawah jagaan ayahnya setelah diberikan perintah habeas corpus.

“Pihak JKM perlu tunjuk sebab pada 1 Jun nanti kenapa kanak-kanak diambil walaupun setelah perintah mahkamah. Anak guam berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan tunggu pada Khamis ini,” katanya.

Terdahulu tular video kanak-kanak berkenaan menerusi video berdurasi satu minit 31 saat yang tular bersama ibunya yang berpurdah sambil diperhatikan oleh pegawai polis wanita selepas selesai prosiding mahkamah berkaitan hak jagaan pada Khamis lalu.

Ia susulan Mahkamah Tinggi Kuantan yang telah memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya menerusi perintah habeas corpus  pada 25 Mei lalu. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo