Mohd Puad
Mohd Puad

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakashi mengajukan pertanyaan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di mana dasar lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dalam satu kenyataan, Mohd Puad mendakwa, rakyat belum nampak langkah signifikan diambil oleh Ahli Parlimen Pandan itu bagi ekonomi negara.

“Sekurang-kurangnya polisi baharu ekonomi rakyat. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BR1M.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri,” kata beliau pada Selasa.

Rafizi pada Selasa menjelaskan bahawa menguruskan ekonomi negara perlu dilihat dalam perspektif menyeluruh kerana ia bukannya semata-mata ditentukan oleh nilai mata wang.

Katanya, banyak perkara perlu dilihat seperti pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar kutipan hasil negara dan fiskal defisit.

“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.