NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibu kes amang seksual anak ditahan lagi

KUALA SELANGOR: Seorang ibu yang disyaki melakukan amang seksual dengan anaknya di Puncak Alam di sini, ditahan lagi selepas dibebaskan daripada reman hari ini bagi siasatan satu lagi kes sama di sekitar Sungai Buloh.

Selain wanita berusia 33 tahun itu, seorang lelaki dipercayai bapa tiri mangsa berusia 30-an turut dicekup bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan dibuat mangsa melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun di Balai Polis Saujana Utama kelmarin.

Katanya, siasatan awal kes mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah hotel pada Januari lalu dan mangsa tidak bersekolah.

“Kita akan menahan kedua-dua suspek yang kini berada dalam tahanan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Kebenaran tempoh ke atas kedua-dua suspek akan diperoleh dari mahkamah esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shafa’aton, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan kes melibatkan dua individu tersebut. 

“Namun, kita akan mengambil tindakan pendakwaan selepas selesai kes baharu di Sungai Buloh berkenaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perbuatan jijik seorang ibu dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya terbongkar dan dicekup polis di sekitar daerah ini pada 2 Mei lalu.

Lebih menyedihkan, suspek dikatakan turut merakam aksi dengan remaja berusia 14 tahun itu menerusi telefon bimbit. Jumaat lalu, seorang lelaki yang juga penganggur berusia 35 tahun diberkas bagi membantu siasatan kes itu di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini, kira-kira pukul 11.45 malam. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo