NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GIACC kini jadi sebahagian SPRM

SPRM berkata, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dinamakan semula sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional.


KUALA LUMPUR: Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 18 April lalu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan sehubungan itu ia dinamakan semula sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional dan mengambil alih peranan memantau pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang sebelum ini dijalankan oleh GIACC.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Disember lalu, memaklumkan Jemaah Menteri akan meneliti cadangan membubarkan GIACC kerana dilihat berlaku pertindihan tugas.

Anwar dilapor berkata, peranan GIACC boleh dijalankan SPRM atau polis, maka badan berlaku pertindihan perlu dikurangkan kerana setiap agensi bertindih itu menanggung kos tinggi.

Dalam kenyataan sama, SPRM memaklumkan pelaksanaan inisiatif digariskan dalam NACP menunjukkan kemajuan walaupun negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Sehingga 31 Dis lepas daripada keseluruhan 111 inisiatif NACP yang dipantau, sebanyak 62 inisiatif telah selesai pelaksanaan iaitu bersamaan 55%. Ini menjadikan baki 49 inisiatif yang masih dipantau.

“Sebanyak 39 inisiatif dijangka dapat menepati masa dan diselesaikan sebelum penghujung Disember tahun ini, manakala 10 inisiatif didapati berkemungkinan melewati tahun ini disebabkan kompleksiti pelaksanaan yang melibatkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan, pindaan perundangan semasa serta pewujudan perundangan baharu,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, SPRM optimis serta komited untuk menyelesaikan baki inisiatif NACP yang belum dilaksanakan.

“Komitmen semua pihak dalam menjayakan usaha murni melalui pelaksanaan NACP merupakan suatu manifestasi terhadap kesungguhan menuju sebuah negara bebas rasuah yang memartabatkan integriti serta kebertanggungjawaban berpaksikan ekosistem governans yang baik,” menurut kenyataan itu.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo