553-1
Eizlan Yusof.

KUALA LUMPUR – Pelakon senior, Datuk Seri Eizlan Yusof memberitahu dia tidak menerima tawaran berlakon terutamanya drama sejak enam bulan lalu.

Pelakon berusia 52 tahun itu berkata, beliau menyedari situasi tersebut selepas menjadi calon bertanding bagi parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Sejak November lalu, tawaran berlakon drama memang ‘sunyi’ berbanding sebelum ini. Tawaran berlakon filem ada tetapi untuk stesen televisyen (TV), tiada langsung.

“Tidak tahulah sama ada industri sekarang memang ‘sendu’ atau ada cerita lain di sebaliknya. Saya tidak tahu,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Eizlan berkata, beliau juga tidak berani mengiyakan sekiranya terdapat pihak yang bertindak memboikotnya susulan membabitkan diri dalam parti politik pembangkang.

“Saya pun tidak dimaklumkan alasan mengapa. Saya tak berani hendak sahkan perkara itu (boikot).

“Perkara ini masih lagi menjadi misteri buat saya. Tepuk dada tanyalah selera,” ujarnya berkias memetik laporan BH Online.

Terdahulu, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salan bagi kawasan Sabak Bernam dengan hanya memperoleh 460 undian daripada penduduk.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan menerima kekalahan dengan hati terbuka dan gembira sepanjang menjayakan kempen PRU15 kerana dapat turun padang bertemu pelbagai lapisan masyarakat. – Malaysiagazette