NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah



Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah

Polis menahan reman dua aktivis Perikatan Nasional (PN) kerana kritikan terhadap kerajaan campuran berhubung isu penarikan rayuan penggunaan kalimah Allah yang dibuat baru-baru ini.

Penahanan kedua-dua aktivis itu dibuat di Perlis dan Kuala Lumpur oleh pihak Jenayah Terkelas Bukit Aman dan direman selama empat hari di Balai Polis Dang Wangi bagi tujuan siasatan berhubung kes melibatkan kritikan terhadap kerajaan campuran dalam menangani isu kalimah Allah.

Muhammad Faridullah Bin Mokhtar atau dikenali sebagai Redline27 dalam aplikasi TikTok ditahan malam tadi selepas hadir ke Balai Dang Wangi untuk memberi keterangan.

Sementara Muhammad Daneal bin Yusoff pula ditahan di Kangar, Perlis dan pihak polis membawanya ke Dang Wangi untuk ditahan reman bagi siasatan kes yang hampir sama.

Peguam mewakili kedua-dua aktivis itu, Ahmad Hamzah dan Hakem memberitahu anak guamnya berdepan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Menurut Ahmad Hamzah, penahanan Faridullah dibuat ekoran kenyataannya ‘kerajaan menunggang agama’ dalam media sosial baru-baru ini.

Bagi penahanan Daneal pula, anak guamnya itu ditahan kerana perkongsian video pada 2017 lalu yang dibuatnya dalam akaun Facebook.

Jelasnya, terdapat laporan polis yang dibuat terhadap kedua-dua aktivis PN tersebut sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan oleh penganut Kristian, juga tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo