NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dinding rumah ‘hilang’ akibat ribut kuat

PETALING JAYA – Dinding sebuah rumah flat di Kuala Lumpur tercabut akibat ribut yang melanda ibu negara, petang semalam.

Beberapa buah video memaparkan keadaan dinding bilik rumah itu yang hilang turut tular di media sosial.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah flat di sekitar Jalan Loke Yew.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna simpati dengan nasih tuan rumah tersebut dan berharap mereka segera dibantu.

“Allahu kesiannya , semoga dipermudahkan urusan dia sekeluarga, bahaya juga walaupun ‘view’ cantik. Kalau hujan habis masuk air,” kata Hairil.

“Mana pergi dinding itu? Jadi debu ke? Atau jatuh atas kereta orang?,” soal Kaduk.

“Semoga dipermudahkan urusan dan dapat bantuan dengan segera. Mungkin perlu lakukan inspection terhadap struktur bangunan ini,” kata Rain.

“Risaunya kalau ada anak kecil perkara begini berlaku,” kata Naim.

“Kita tak tahu mungkin ini rumah mereka hidup bertahun sekeluarga untuk teruskan kehidupan sekadar mampu. Semoga dipermudahkanlah urusan mereka,” doa Aria. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo