NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ '๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ' ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ: ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—บ๐—ป๐—ผ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ต?

๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ '๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ' ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ: ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—บ๐—ป๐—ผ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ต?

1. Semua tahu semasa berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1998, Zahid Hamidi adalah orang kuat Anwar.

2. Pada masa itu Zahid antara penyokong Anwar yang ditangkap di bawah ISA, namun setelah dilepaskan beliau kekal dalam Umno hingga sekarang.

3. Sebelum berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lagi memang sudah ada ura-ura bahawa Zahid mahu membawa Umno-BN keluar dari kerajaan PN-BN dan beralih kepada PH-DAP untuk membentuk kerajaan.

4. Sebelum PRU15 berakhir tidak ada siapa pun yang percaya bahawa PH-DAP dan Umno-BN akan bergabung.

5. Tetapi semasa kempen PRU-15 sedang berlangsung, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendedahkan perkara ini walau pun pada masa itu ramai yang memandang sinis.

6. Dalam satu program kempen di Melaka, Tuan Guru Abdul Hadi mendedahkan bahawa terdapat usaha daripada beberapa pemimpin Umno yang mahu melemahkan Umno sendiri dan sengaja melakukan sesuatu yang membolehkan PH-DAP menang dan mendapat banyak kerusi pada PRU15.

7. Akhirnya ia terbukti usai PRU15 maka PH-DAP dan Umno-BN benar-benar bergabung.

8. Selepas berlaku penggabungan ini Zahid mula melakukan berbagai-bagai tindakan yang merugikan Umno-BN, antaranya dengan memecat pemimpin-pemimpin Umno yang berpengaruh hanya semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakannya bergabung dengan PH-DAP.

9. Zahid juga bertindak sedemikian demi untuk mengelakkan daripada dijatuhkan oleh ahli-ahli akar umbi Umno kerana gagal membawa kemenangan kepada Umno dalam PRU15, malah pada PRU ini adalah keputusan terburuk Umno pernah capai sejak ditubuhkan.

10. Dengan memecat ramai pemimpin-pemimpin Umno berpengaruh telah mengurangkan sokongan terhadap Umno kerana pemimpin-pemimpin ini turut membawa keluar penyokong-penyokong mereka yang ramai.

11. Tindakan Zahid menaikkan pemimpin bermasalah tetapi membuang pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dan disayangi oleh rakyat adalah sesuatu yang pelik yang jelas makin melemahkan Umno.

12. Di Perak, Zahid lebih senang kerajaan negeri dibentuk dengan ADUN majoriti DAP berbanding membentuk kerajaan bersama PN yang majoriti Melayu, begitu juga di Pahang.

13. Lebih mengecewakan ahli-ahli akar umbi apabila pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan baru-baru ini Zahid membawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PH-DAP berkampung di WTC dan duduk di kerusi-kerusi yang mereka pernah duduk di Dewan Merdeka dulu, sangat menjijikkan!

14. Malah dalam ucapannya pada majlis itu Zahid ada menyatakan bahawa Anwar pada peristiwa tahun 1997 dahulu telah dianiaya oleh pimpinan Umno ketika itu.

15. Adakah Zahid mahu bahawa ahli-ahli Umno menarik balik kepercayaan mereka selama ini dengan mengakui bahawa Anwar sebenarnya difitnah dalam beberapa kes liwat yang telah pun diputuskan oleh mahkamah sebelum ini? Sanggupkah ahli-ahli Umno melakukannya?

16. Tidakkah ahli-ahli akar umbi Umno terfikir bahawa Zahid yang merupakan penyokong kuat Anwar sebelum dipecat Umno pada tahun 1997 adalah 'trojan horse' yang dibela Anwar secara senyap selama ini untuk menjahanamkan Umno dalam satu perancangan jangka panjang yang sangat licik? Sedarlah wahai ahli-ahli Umno!

๐— ๐—ฅ ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—ค๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—˜๐—ก
17 Mei 2023
( Hide )
  1. itulah realiti politik.. Hadi Awang pun sama juga

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo