NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu tangguh pemilihan 18 bulan, beri ruang hadapi PRN



PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menangguhkan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagiannya sehingga 18 bulan bagi memberi ruang kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan datang. 

Perkara itu bagaimanapun tidak termasuk pemilihan di peringkat cawangan. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat mesyuarat MPT semalam, selari dengan fasal 14.15 Perlembagaan parti berkenaan.

Kata beliau, Bersatu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN tidak lama lagi dengan seluruh kekuatan jentera parti diperkemas membabitkan semua negeri agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh. 

“Mesyuarat MPT Bersatu yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menzahirkan bahawa Bersatu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri 

“Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) juga melahirkan keyakinan tinggi untuk memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya negeri itu nanti dengan mempertahan Kelantan, Terengganu serta Kedah dan akan berkerja kuat bagi menawan Selangor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Hamzah berkata, Bersatu menjemput orang ramai ke Majlis Rumah Terbuka PN yang akan berlangsung pada 21 Mei di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam yang diadakan bermula pukul 8 malam hingga 11 malam. – UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo